Your search results

[PERJALANAN PROSES PINJAMAN LPPSA]

Posted by Saudagar Hartanah on 28/05/2019
| 0

1. Perjanjian Jual Beli yang telah termeterai dan dimatikan setem

2. Jika harta masih terhutang, dapatkan dahulu Penyata Baki Hutang terkini bagi tempoh 6 bulan

3. Jika ada kebenaran pindahmilik dan gadaian, mohon dahulu kebenaran pindahmilik dan gadaian di pejabat tanah berkenaan

4. Jika melibatkan pengesahan pemaju bagi hakmilik induk, dptkan dahulu surat pengesahan pemaju dan minta pemaju sign akujanji

5. Carian rasmi terkini (at least sebulan sebelum tarikh submit permohonan lppsa)

6. Comply checklists lppsa mengikut jenis pinjaman (kepelbagaian)

7. Submit permohonan online di www.lppsa.gov.my

8. Submit Borang 1 beserta sesalinan permohonan online yang telah dicetak kepada Jabatan Penilaian beserta lampiran seperti perjanjian jual beli prinsipal, salinan geran etc

8. Submit dokumen hardcopy mengikut checklists kepada lppsa termasuk Borang 3 Akujanji Pemegang Pertaruhan i.e peguam, Penyata Baki Hutang, Slip gaji, IC etc yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan

9. Jika tiada kuiri dr lppsa, letter offer akan keluar dalam masa 7 hari bekerja minimum dan boleh mencecah ke 21 hari bekerja +/-

10. Once surat tawaran dikeluarkan oleh lppsa, Peminjam adalah wajib pulangkan Surat Setuju Terima ke lppsa sebagai tanda setuju terima pembiayaan dalam masa 30hr dari tarikh surat tawaran.

11. Peguam akan sediakan dokumen pembiayaan berkaitan dan arrange appointment dengan Peminjam untuk signing

Nota Peguam Hartanah Aidil Ratna Edorra

#SaudagarHartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published.