Perubahan ekonomi Negara dan juga dunia dengan pasang surut yang tidak menentu memberikan pelbagai kemungkinan.  

“Jika Pendapatan RM3,600 Dikatakan Dalam Kategori Miskin Bandar, Kedudukan Kewangan Bagaimana Baru Boleh Digelar Jutawan? Adakah Anda Selesa Dengan Kedudukan Ekonomi Anda Sekarang?”

Kenaikan harga barang terutama barangan keperluan, kenaikan petrol, isu GST memang merunsingkan dan memeningkan kepala tapi jangan risau …

 

 

 Saya Ahmad Firdaus Mahmod dan saya ada solusi kepada masalah itu..

Rakan-rakan,


Sejak dari kecil lagi saya telah membantu ibu saya menjual nasi lemak beliau di sekolah saya. Di kolej, saya teruskan aktiviti berniaga saya dengan menjual Maggi kepada rakan-rakan dorm. 


Sehingga saya bekerja pun, saya masih lagi berniaga untuk menampung kos kehidupan. Apa boleh jual, jual… Macam-macam jenis perniagaan saya cuba…

Namun hasil pendapatan yang saya terima itu tidaklah seberapa.. Penatnya saja yang lebih…


Sehinggalah pada suatu hari, jiran saya meminta saya untuk menjual rumahnya …


 “Encik Firdaus tolong jualkan rumah saya di Pinggiran USJ, saya mahukan bersih RM330,000. Jika dapat jual lebih daripada RM330,000, itu bahagian Encik Firdaus,” pinta En Zainal bersungguh-sungguh.


 Saya hanya mengiakan sahaja kerana saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk mengiklankan rumah tersebut dan langsung tidak mengetahui proses jual beli. Dan yang menjadi persoalan paling besar pada saya ketika itu; Bagaimana untuk menjual rumah tersebut dan berapa harga yang harus saya jual?

 
 

Pada ketika itu, saya redah sahaja. Saya bertanya dengan beberapa orang dan mulakan misi saya untuk menjual rumahnya :

  • Ambil gambar rumah dan iklankan di mudah.my.
  • 2 jam selepas itu, saya dihujani panggilan telefon
  • Rupa-rupanya, 90% adalah Perunding Hartanah. 
  • Saya ubah strategi iklan, dan kini ada 3 orang geniune buyer yang benar-benar berminat.
  • DEAL ! Salah seorang daripada mereka telah setuju untuk membeli rumah tersebut dengan harga RM360,000 !
  • Ketika itu barulah menggagau apakah proses yang seterusnya. Nasib baik saya ada kawan yang merupakan seorang peguam ! 

 

Daripada transaksi hartanah pertama ini, En Zainal memberikan saya komisyen 5 angka !

Katanya “Nanti jika saya sudah terima semua duit, saya akan maklumkan Encik Firdaus untuk bank-in cek ini”. Saya mengucapkan ribuan terima kasih buat Encik Zainal dan keluarga. Inilah kali pertama saya terima bayaran sebanyak ini. Mahu saja saya peluk dan cium Encik Zainal, sebagai tanda terima kasih tersebut.

 

Sepanjang saya berniaga, belum pernah lagi saya mendapat ‘untung’ sebanyak itu atas satu transaksi !

Tanpa berfikir panjang, saya teruskan perjalanan saya mencari ilmu dan menjadi seorang Perunding Hartanah berdaftar. 

Manakan tidak.. Komisyen satu transaksi jual-beli hartanah cukup lumayan !

Cuba lihat contoh kiraan komisyen di bawah ini

Lazimnya, anda boleh mendapat maksima 3% komisyen dari harga transaksi.

Cuba bayangkan harga hartanah di sekitar Klang Valley rata-ratanya bernilai RM500,000.

3% x RM500,000 = RM15,000 !

Jika anda menjual 4 buah rumah yang berharga RM500,000 dalam tempoh satu bulan, jumlah komisyen yang anda dapat adalah

4 x RM15,000 = RM60,000 !

Walaupun komisyen di atas perlu dikongsi dengan agensi, ianya masih berbaloi-baloi !

Maka, tidak hairanlah jika ramai yang berhenti kerja setelah mendapat rentak dalam bidang ini.

Cuba bayangkan apa yang anda boleh selesaikan dengan duit sebanyak ini

  • Hutang Personal Loan?

  • Hutang Kad Kredit?

  • Hutang MARA/PTPTN?

  • Deposit rumah baru anda?

  • Wang untuk ke Mekah

  • Wang untuk ibu bapa

  • Wang untuk kehidupan yang lebih selesa

  • Banyak lagi impian anda yang dapat dipenuhi

Disebabkan itulah saya menulis buku ini untuk berkongsi dengan anda tentang kerjaya hebat ini …

 

Dalam buku ini, saya berkongsi beberapa perkara penting sepanjang saya menjadi perunding hartanah sejak tahun 2012.

  •  Membuat Pilihan – Membuat pilihan menjalankan perniagaan memberikan anda satu posisi kehidupan yang berbeza. Namun tidak semua sanggup melakukannya sehingga garisan tamat.
  • Kerjaya Vs Perniagaan – Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) ini adalah KERJAYA atau PERNIAGAAN?
  • Terjebak Sebagai Perunding Hartanah – Bagaimana saya boleh terjebak dalam kerjaya Perunding Hartanah
  • 10 Rahsia Besar Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah – Saya kongsikan 10 rahsia besar yang disimpan rapi oleh REN. Amatlah rugi jika kita tidak mengambil peluang untuk mencari ‘lubuk emas’ ini
  • Guna Perunding Hartanah Atau Buat Sendiri – Kelebihan dan kekurangan owneruntuk menguruskan sendiri penjualan dan penyewaan hartanah.
  • 8 Skop Kerja Perunding Hartanah – Apakah sebenarnya kerja seorang Real Estate Negotiator (REN) ini?
  • 8 Langkah Bermula Sebagai Perunding Hartanah – Bagaimana cara yang sesuai dan tepat untuk bermula dalam bidang ini.
  • 6 Strategi Pemilihan Agensi Hartanah – Agensi yang aktif menjamin masa depan REN yang lebih cerah. Jadi, pilihnya agensi mengikut kriteria ini.
  • 17 Perkara Asas Perunding Hartanah Perlu Tahu – Terma-terma dan kiraan 17 perkara ini perlu berada di hujung jari seorang REN. Barulah orang nampak anda seorang yang berkaliber.
  • Kita Adalah Diri Kita – Dalam apa pun pekerjaan yang kita lakukan, ianya berbalik kepada mindset kita dalam melakukan pekerjaan tersebut.