Sekiranya anda bercadang untuk membeli rumah pada masa akan datang, jadi anda perlu mengambil tahu beberapa perkara tentang pinjaman gadai janji. Tujuannya anda dapat mengaplikasikan ilmu berkenaan pinjaman gadai janji sebelum dan selepas membeli rumah.
Untuk memastikan anda mempunyai kelayakan mengambil pinjaman gadai janji, anda harus mempunyai skor kredit yang bagus. Skor kredit amat penting kepada pemberi pinjaman (lenders) kerana penskoran kredit adalah penentu adakah anda layak mengambil pinjaman gadai janji dengan mereka. Selain daripada menentukan kelayakan pinjaman, kredit penskoran membantu pemberi pinjaman untuk menentukan kadar faedah pinjaman (interest rate) yang akan dikenakan kepada pinjaman anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penskoran kredit, anda boleh hubungi atau layari laman web CTOS.
Selain daripada mengetahui penskoran kredit, anda perlu tahu bajet kewangan anda. Pemberi pinjaman gadai janji akan memastikan anda tidak meminjam terlalu banyak. Mereka akan melihat pendapatan anda kerana pinjaman gadai janji adalah berkaitan dengan kebolehan dan kemampuan anda untuk membayar semula pinjaman tersebut. Oleh itu, perkara ini sangat penting untuk anda untuk membuat perkiraan tentang kemampuan anda dari segi pendapatan dan status kewangan anda. Disini terdapat tersenarai beberapa perkara yang anda perlu sertakan dalam pengiraan bajet anda.
- Prinsipal pinjaman gadai janji (Mortgage Principal)
- Faedah yang dikenakan pada pinjaman gadai janji
- Cukai Hartanah
- Insurans rumah dan gadai janji
- Bil Utiliti (Elektrik, air, gas, internet dan sebagainya.)
- Perbelanjaan untuk pembaikian
- Yuran Tahunan Persatuan Rukun Tetangga atau Yuran Penyelengaraan Condo.
Anda juga perlu tahu berapa banyak wang pendahuluan diperlukan sebab ia akan memberi kesan bayaran bulanan anda.
Seterusnya ialah berkenaan pilihan pinjaman gadai janji anda. Diluar sana terdapat banyak jenis pilihan pinjaman berdasarkan jenis, jangka masa pembayaran untuk membayarnya semula, jenis faedah dan sebagainya. Tujuan untuk mengetahui pilihan pinjaman adalah untuk memberitahu jenis- jenis risiko yang ada untuk setiap jenis pinjaman gadai janji, serta anda perlu bijak menganalisa sebelum buat keputusan.
Di samping itu anda perlu ambil tahu jangka masa pinjaman gadai janji yang anda ambil. Kebiasaannya, jangka masa pinjman gadai janji yang ditawarkan adalah selama 30 tahun atau 15 tahun, tetapi terdapat juga beberapa pilihan yang lain yang telah ditawarkan. Untuk pinjaman jangka masa pendek, kebiasaanya memerlukan bayaran bulanan yang tinggi dengan faedah yang rendah dan jumlah kos yang rendah. Manakala untuk pinjaman dalam jangka masa yang panjang hanya perlu bayaran bulanan yang rendah, namun dengan kadar faedah dan jumlah kos yang rendah.
Selain itu, anda juga perlu ketahui jenis-jenis kadar faedah yang ditawarkan samaada dalam bentuk kadar faedah tetap atau faedah yang boleh dilaraskan. Kadar faedah yang ditetapkan menawarkan risiko yang rendah kerana kadar tersebut tidak berubah sepanjang tempoh pembayaran tersebut, ini bermaksud bayaran bulanan anda akan tetap sama. Manakala untuk kadar faedah yang boleh dilaraskan mungkin akan bermula dengan kadar yang rendah, tetapi mereka dikira sebagai pinjaman yang agak berisiko kerana selepas melepasi tempoh yang ditetapkan, kadar tersebut akan meningkat atau menurun berdasarkan pasaran semasa dan pembayaran anda akan berdasarkan kenaikan atau kejatuhan pasaran tersebut.
Kemudian, anda haruslah ambil tahu tentang jenis-jenis pinjaman gadai janji yang telah ditawarkan oleh pemberi pinjaman. Kebanyakan pinjaman gadai janji akan menggunakan pinjaman secara konvensional tetapi ada juga ditawarkan dalam bentuk pinjaman patuh shariah. Oleh itu, anda perlu membuat kajian sebelum memiih dan membuat keputusan.
Akhir sekali, apabila tiba suatu saat anda boleh mengambil pinjaman gadai janji yang lebih baik, mungkin disebabkan kadar penskoran kredit anda baik ataupun kadar faedah pinjaman gadai janji ketika itu telah berubah. Maka, anda boleh memilih kaedah pembiayaan semula (refinancing) untuk buat keputusan yang lebih baik. Oleh Itu, anda harus ambil tahu dan belajar perkara yang berkaitan dengan pinjaman gadai janji sebelum beli rumah, agar keputusan yang dibuat dengan puas hati berdasarkan pendapat sendiri.