10 RAHSIA KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH

Setiap kali keluar saja dari rumah, kiri dan kanan kita lihat banyak iklan rumah yang tertera sama ada untuk dijual atau disewa.Contohnya di kawasan kediaman, kawasan industri dan tanah kosong. Biasanya iklan tersebut akan dipaparkan nombor telefon dan nama. Dulu saya selalu terfikir “Siapakah mereka ini?” Nampak macam satu iklan yang enteng, namun ramai yang tidak tahu siapa mereka ini.

Mereka inilah yang dipanggil sebagai Perunding Hartanah. Mungkin satu kerjaya yang tidak glamour atau tidak diminati. Hakikatnya, ramai yang tidak tahu apakah itu kerjaya sebagai “PERUNDING HARTANAH”.
Apabila saya mula melibatkan diri dalam industri ini. Saya akan memberikan business card dan akan memperkenalkan diri sebagai Perunding Hartanah. Ada yang faham kerjaya saya dan ramai juga yang mengajukan kembali soalan kepada saya,“Perunding Hartanah?”Apa itu Perunding Hartanah? Perunding Hartanah adalah orang yang membantu pemilik hartanah menjual atau membeli hartanah. Mereka juga akan mendapatkan harga yang terbaik serta memastikan harga jualan hartanah tidak melebihi harga pasaran terkini.Terdapat pelbagai jenis hartanah yang memberikan pulangan lumayan kepada perunding hartanah yang terlibat dalam industri.

Antara jenis-jenis hartanah tersebut adalah seperti rumah teres, pangsapuri, banglo, tanah pertanian atau perindustrian, lot-lot kedai, pejabat, kilang dan banyak lagi.

RAHSIA 1 : PENDAPATAN YANG TIADA SEMPADAN
Perunding Hartanah bebas untuk menentukan berapa jumlah pendapatan yang kita mahukan setiap bulan. Contohnya,Perunding Hartanah boleh mempraktikkan dengan menyusun strategi dan sasarkan hartanah mana yang ingin dijual pada bulan tersebut.Dengan adanya sasaran, kita akan lebih fokus dan yakin bahawa
hartanah tersebut akan terjual dengan segera. Perunding Hartanah boleh mulakan sasaran pada harga hartanah yang rendah terlebih dahulu. Kemudian perlahan-lahan kita naikkan sasaran mengikut pencapaian yang diperolehi.Hasilnya, Perunding Hartanah dapat belajar untuk menjadi lebih konsisten dan bersungguh-sungguh untuk mempunyai pendapatan 5 angka setiap bulan. Jangan terlalu ghairah dengan hartanah yang bernilai jutaan ringgit, jika kita tidak mampu untuk menjualnya. Pesan guru saya,“Biar mulakan dengan yang kecil, yang penting berhasil.”Kepelbagaian hartanah telah memberi peluang kepada ramai perunding untuk menjual apa sahaja malah jika dilihat di laman web hartanah pasti ada sahaja hartanah untuk dijual pada setiap hari.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, banyak kelebihan memilih kerjaya sebagai Perunding Hartanah. Namun hal ini tidak diketahui oleh ramai orang terutamanya golongan bumiputera. Malah kerjaya sebagai Perunding Hartanah ini telah lama dimonopoli oleh golongan bukan bumiputera. Betapa kerugiannya kita kerana kehilangan ‘lubuk emas’ yang tidak sukar diuruskan jika kita ada ilmu penuh di dada.
Di sini saya ingin berkongsi rahsia besar kerjaya sebagai Perunding Hartanah.

RAHSIA 2 : MASA YANG FLEKSIBEL
Perunding Hartanah mempunyai waktu bekerja yang fleksibel. Kita tidak perlu menemui klien pada setiap masa kerana majoritinya adalah melalui temujanji, tidak kira dengan penjual
mahupun pembeli. Oleh itu, kita boleh merancang jadual harian dan menetapkannya mengikut masa dan waktu yang sesuai dan menyenangkan kedua-dua pihak. Dengan ini kita diberi peluang lebih banyak
masa untuk santai bersama keluarga dan melakukan aktivitiaktiviti lain. Biasanya Tuan Rumah dan pembeli rumah bekerja mengikut waktu pejabat. Jadi, mereka akan melihat rumah pada sebelah malam ataupun pada hujung minggu. Sudah hampir 3 tahun sejak saya mulakan kerjaya ini dan saya mampu untuk menguruskan masa dengan baik. Saya hanya fokus rumah dan hartanah yang dalam 20 km radius dari kediaman.
Jadi mudah untuk saya merancang masa kerana saya boleh mengawal masa tersebut

RAHSIA 3 : MUDAH DAN STRAIGHT FORWARD
Skop kerja bidang hartanah tidaklah terlalu besar seperti seorang CEO perlu menguruskan sesebuah syarikat dan pekerjanya.Pekerjaan dalam bidang hartanah menjadi amat mudah apabila kita tahu proses dan cara-cara bagaimana hendak menguruskan pembeli dan pemilik hartanah.Kita hanya perlu memberi keyakinan yang tinggi kepada mereka bahawa kita mampu membantu menyelesaikan masalah mereka dengan cepat, profesional dan efisyen. Lazimnya, situasi yang dihadapi oleh pemilik hartanah ialah ingin menjual hartanah tetapi tiada pembeli. Masalah si pembeli pula ingin mencari hartanah sebagai tempat berteduh untuk
meneruskan kehidupan.Maka kita sebagai orang tengah iaitu Perunding Hartanah pula memainkan peranan untuk membantu mempertemukan dua pihak ini dan menyelesaikan masalah mereka.Sebagai permulaan kerjaya Perunding Hartanah anda tidak perlu mahir dalam semua perkara. Ada sesetengah perkara akan
diuruskan oleh Pihak Bank dan Pihak Peguam. Malahan semua perbincangan antara Perunding Hartanah, Tuan Rumah dan pembeli adalah straight forward dan jelas.Matlamat Tuan Rumah ingin menjual rumah tersebut pada harga tertentu. Pihak pembeli pula mahu memiliki rumah yang ingin dijual. Perunding Hartanah pula membantu dan menjadi pemudahcara bagi kedua-dua pihak.

RAHSIA 4 : LUMAYAN
Jika mahu dibandingkan, memang tidak dapat dinafikan bahawa hasil yang diperoleh seorang Perunding Hartanah adalah lebih lumayan berbanding dengan kerjaya atau aktiviti lain yang dilakukan di luar sana.Kerjaya sebagai seorang doktor misalnya, perlu menghadapi situasi on call selama 24 jam malah kadang-kadang mereka terpaksa berjaga malam dan bekerja lebih masa kerana pihak hospital amat memerlukan mereka untuk merawat pesakit.Berbeza pula dengan kerjaya sebagai Perunding Hartanah.Mereka muncul hanya beberapa kali sahaja secara live iaitu ketika membawa si pembeli melawat hartanah dan ketika close
deal bersama pembeli.Tempoh yang diperlukan pula tidaklah memakan masa sampai seharian berada di luar rumah.Setiap pekerjaan atau perkhidmatan yang ditawarkan maka pasti ada bayaran yang dikenakan. Pihak yang menggunakan perkhidmatan Perunding Hartanah adalah tertakluk untuk membayar bayaran profesional berdasarkan satu kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bayaran hendaklah dibuat kepada Firma Ejen Harta Tanah Berdaftar yang merupakan Prinsipal kepada Perunding Harta Tanah tersebut. Firma tersebut mestilah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah serta semakan firma boleh dibuat melalui www.lppeh.gov.my.Skala Fi berdasarkan Jadual Ketujuh, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 (Akta 242) (Pindaan) telah menetapkan kadar maksimum bayaran yang boleh dikenakan untuk aktiviti
perejenan harta tanah ke atas jualan dan pembelian sesebuah hartanah adalah maksimum sebanyak 3% daripada harga jualan. Contohnya, jika harga rumah yang dijual bernilai RM300,000,maka fi yang boleh dikenakan adalah RM9,000.

RAHSIA 5 : TIADA TEKANAN
Kerjaya Perunding Hartanah tidak melibatkan kita dengan tarikh luput atau sebarang tempoh untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan kadar segera.Contohnya apabila ada orang yang ingin menjual rumah, pemilik rumah tidak meletakkan apa-apa syarat atau tempoh kepada kita sehingga rumah mereka terjual.
Kita juga bebas dan boleh berurusan dengan pemilik rumah yang lain. Selain itu, kita juga tidak perlu mencari pembeli kepada rumah tersebut kerana si pembeli yang akan datang mencari kita walau di mana jua kita berada.Tiada tekanan ketika bekerja membuatkan kita berasa gembira dan seronok untuk melakukannya.Permulaan kerjaya saya sebagai Perunding Hartanah, saya hanya memperuntukan masa antara 1 hingga 2 jam sehari.Namun saya masih mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan walaupun pada ketika itu dijalankan secara part time.Ini kerana pada permulaan kerjaya kita hanya perlu fokus pada 1-
2 rumah sahaja. Kita fokus kepada rumah atau hartanah yang kita benar-benar yakin mampu untuk menjualnya

RAHSIA 6 : UNIK
Dalam bidang hartanah, kita akan berhadapan dengan macam macam ragam manusia. Setiap orang mempunyai pemikiran dan sudut pandangan yang berlainan.Disebabkan setiap kes adalah berbeza, kita akan belajar satu benda baru setiap kali berhadapan satu situasi berhubung dengan pembeli dan pemilik rumah.
Secara perlahan-lahan, hal ini akan mengasah bakat kita secara semulajadi dan memahirkan kita untuk berurusan dengan lebih mudah pada masa akan datang. Pengalaman yang Perunding Hartanah lalui berbeza antara satu sama lain dan setiap rumah yang perunding hartanah uruskan.Pasti ada maklumat-maklumat dan pengalaman baru yang diperolehi.Semakin lama seseorang Perunding Hartanah terlibat dalam industri, akan lebih banyak pengalaman yang diperolehi.

RAHSIA 7 : CABARAN YANG MENGUJAKAN
Sebagai Perunding Hartanah, kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sangat mengujakan kerana selalu berjumpa dan berurusan dengan ramai orang. Kita akan banyak terlibat dengan komunikasi dua hala atau lebih.Kerja menguruskan dan menyelesaikan masalah orang lain dengan situasi yang berbeza-beza kadang kala menyebabkan kita terasa ingin mencabar diri sendiri untuk pergi lebih jauh. Berbeza
pula apabila kita berurusan dengan mesin, tiada perbualan dua hala yang berlaku dan tiada cabaran yang perlu ditempuhi.Di sini Perunding Hartanah harus bijak mengendalikan cabarancabaran ini. Perunding Hartanah harus sentiasa bersedia dan bijak mengawal emosi agar penjual dan pembeli merasa yakin terhadap kita. Ini penting agar kita sentiasa menjadi rujukan mereka dan ianya akan membantu kita mendapatkan listing yang
tidak terjangka. Ini kerana mereka yang pernah berurusan dengan kita akan merujuk kita kepada kenalan mereka.

RAHSIA 8:RISIKO YANG RENDAH, PULANGAN YANG TINGGI
Sebagai Perunding Hartanah yang berdaftar dan berlesen, kitahanya perlu patuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Tiada risiko yang perlu kita tanggung kerana setelah selesai sesi close deal, pembeli akan membayar sejumlah wang deposit terus kepada agensi Perunding Hartanah.Selepas pembeli berjaya mendapat kelulusan pinjaman membeli rumah dari pihak bank, Agensi akan membayar gaji melalui cek kepada kita. Jadi kita tidak perlu risau tentang keselamatan kita dan tiada apa-apa risiko yang mengancam nyawa kita kerana kita melakukan perkara yang betul dan sah di sisi undang-undang.Segala transaksi pembayaran deposit harus dibuat melalui agensi atau peguam. Jadi tidak timbul persoalan Perunding Hartanah menipu atau terbabit dengan perkara yang terdedah kepada salah laku.Menjadi Perunding Hartanah, kita tidak perlu melabur puluhan ribu atau terpaksa membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan listing atau untuk mengiklan hartanah yang ingin dijual. Perunding Hartanah boleh mengunakan platform-platform percuma atau dengan kos bayaran yang sangat-sangat minimum seperti mudah.my. Melalui pengalaman saya, lebih 90% listing
dan jual beli rumah yang saya berjaya lakukan adalah di mudah.my.

RAHSIA 9: PELUANG TERBUKA
Terdapat pelbagai jenis hartanah antaranya ialah rumah teres, pangsapuri, banglo, tanah pertanian atau perindustrian, lot-lot kedai, pejabat, kilang dan banyak lagi.Kepelbagaian hartanah telah memberi peluang kepada semua perunding untuk menjual apa sahaja jenis hartanah. Peluang yang luas ini memberi laluan kepada semua orang untuk menjana pendapatan masing-masing tanpa melibatkan apa-apa perebutan
kuasa atau penguasaan wilayah dan sempadan.Di samping itu, tiada had atau kuota yang ditetapkan kepada
seorang perunding untuk berurusan dengan sejumlah pemilik hartanah pada setiap hari. Maka seorang Perunding Hartanah bebas untuk berurusan dengan sesiapa sahaja dan seberapa ramai yang mungkin.
Perunding Hartanah tidak terhad kepada satu wilayah sahaja. Kita boleh meluaskan kawasan jajahan mengikut kemampuan masing-masing.

RAHSIA 10 : TIADA HAD UMUR
Lazimnya, setiap pekerjaan mempunyai had umur dan telah ditetapkan tempoh untuk bekerja dan bersara. Berbeza pula bagi kerjaya sebagai Perunding Hartanah. Tiada had umur persaraan yang ditetapkan. Oleh yang demikian, kita bebas untuk bergiat aktif sebagai Perunding Hartanah walaupun kita telah bergelar
warga emas sekalipun.Ada yang bermula seawal 20an dan ada di kalangan Perunding Hartanah yang berusia 60 tahun. Tiada had dalam industri ini.Apa yang penting adalah kita mahu melakukan dan bersedia
untuk memberikan komitmen yang tinggi sebagai Perunding Hartanah.

                                                                  “If you work for money,
                                                      you give the power to your employer.
                                                                    If money work for you,
                                                       you keep and control the power.”
                                                                       Robert T. Kiyosaki

6 thoughts on “10 RAHSIA KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH”

  1. Adakah pekerjaan ini memerlukan apa apa qualification. Example macam diploma or degree dalam course yang tertentu ?

  2. klu di Sabah macam mana cara join perunding hartana ni, Sebetulnya saya sedang mencari alamt jurunilai tanah pertanian bagaimana mau cari,blh tol2 info?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *