Sebelum membeli rumah, saya sarankan anda check CCRIS anda.
Mana tahu kot-kot ada yang tersangkut. Boleh anda betulkan awal-awal sebelum anda buang masa dan duit.
Ada beberapa cara untuk dapatkan laporan CCRIS anda.
Salah satu cara adalah anda pergi sendiri ke Bank Negara Malaysia. Jangan lupa untuk bawa IC. Pergi ke kiosk di sana dan masukkan IC dan sahkan cap jari anda. Beberapa saat selepas itu, laporan credit anda akan dicetak on the spot.
Bagi anda yang ada kekangan masa untuk ke Bank Negara Malaysia, anda boleh request untuk dapatkan borang dengan cara email.
Anda boleh ke link ini : http://creditbureau.bnm.gov.my/index.html
Kemudian pilih Obtaining Your Credit Report.
Untuk mohon laporan individu, anda perlu isikan borang seperti yang terdapat di sini : KLIK UNTUK BORANG.
Kemudian, lampirkan dalam email anda dokumen-dokumen seperti di bawah ke [email protected].
PERMOHONAN LAPORAN KREDIT UNTUK PERSENDIRIAN
Dokumen-dokumen yang diperlukan/Required documents
- Satu salinan kad pengenalan /pasport (warga bukan Malaysia)
- Mana-mana Dua dokumen dari senarai di bawah:-
- Satu salinan Pasport / A photocopy of your passport
- Satu salinan Lesen Memandu dengan Gambar (depan & belakang)
- Satu salinan Bil Utiliti (Bil Air, Bil Elektrik, Bil Telefon, Bil ASTRO, dll)
- Satu salinan Buku Akaun Simpanan (muka depan)
- Satu salinan Penyata KWSP
- Satu salinan Penyata Akaun Bank
- Satu salinan Penyata Kad Kredit
Bila semua dokument sudah lengkap, emailkan kepada [email protected].
Tunggu dalam masa 1 minggu, BNM akan reply balik dengan laporan CCRIS anda.
Bagaimana nak baca report CCRIS anda? Nanti saya akan terangkan dalam blogpost yang seterusnya.
Selamat mencuba!
Info ini berguna untuk anda? Jangan lupa tekan share button di bawah ya.