Kalau anda yang nak CCRIS report cepat tu, bolehlah ikut cara ini.
Bayar sedikit sahaja. Ianya lebih menjimatkan masa daripada perlu ke Bank Negara.
1. Pergi ke https://www.mycreditinfo.com.my/
2. Pilih RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP)
3. Klik Sign Up (https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup)
Isi semua maklumat yang diperlukan. Anda akan dapat satu email untuk anda sahkan email anda. Klik pada link dalam email tersebut untuk sahkan email anda.
4. Login akaun anda.
Username anda adalah nombor IC anda.
Password anda adalah apa yang anda tetapkan sebentar tadi semasa mengisi borang.
5. Klik tab My Credit Reports (BASIC/PLUS).
Kemudian, klik BUY NOW pada Personal Credit Report PLUS (PCRP). Anda akan dibawa ke checkout page.
6. Dapat laporan CCRIS dalam email
Setelah pembayaran dibuat, anda akan dapat email yang mengandungi CCRIS report anda pada hari yang sama. (Tak sampai 10 minit pun)
Senang kan? Tak payah nak bersesak-sesak ke bank negara. Harga servisnya pun sangat-sangat berpatutan!
Kenapa nak kena check CCRIS anda sebelum beli rumah?
Manalah tahu kot-kot ada perkara yang akan menyebabkan loan application anda kena reject.
Antara sebab utama adalah
- PTPTN
- Lambat bayar hutang yang sedia ada. (Dalam CCRIS anda ada nombor 1,2,3 dan seterusnya selagi anda tak bayar ansuran bulanan anda)
Jadi, untuk mengelakkan anda burn ribuan ringgit earnest deposit rumah idaman anda dek kerana CCRIS yang tak cantik, lebih baik anda spend RM10 untuk check sama ada anda betul-betul layak atau tidak.
Artikel ini bermanfaat?
Klik butan SHARE sekarang.