Menjadi atau Tidak, Jual Rumah secara Online?

Industri hartanah dengan dunia online sebenarnya sudah wujud lebih daripada 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2006, portal Propertyguru telah ditubuhkan, dimana enam tahun lebih awal berbanding marketplace seperti Zalora dan Lazada. Bermulanya tahun 2007, penglibatan iProperty sebagai portal jual beli dan sewa rumah di Asia khusunya Asia Tenggara telah diwujudkan. Bukan itu sahaja, marketplace seperti Mudah.my dan Airbnb juga turut ditubuhkan.

Menjelang Mac 2020 yang lalu, saat PKP 1.0 dikuatkuasakan, kita dapat saksikan pelbagai bisnes yang terpaksa online-kan bisnes mereka khususnya bisnes yang mempunyai kedai fizikal. Persoalannya, adakah penggunaan platform online bagi aktiviti jual beli rumah benar-benar menjadi? Atau ianya hanyalah salah satu cabang untuk ejen hartanah berdaftar mencuba nasib?

Objektif wujudnya banyak portal hartanah online di pasaran hari ini adalah kerana ingin membantu pembeli dan penjual untuk membeli dan menjual unit kediaman dan komersial mereka secara online. Seterusnya, bagi ejen hartanah berdaftar pula, mereka mengiklankan senarai hartanah mereka dan mencari unit hartanah untuk dijual dengan harapan untuk mendapatkan leads.

Strategi jual beli hartanah yang paling banyak digunapakai secara online adalah mengupah influencer sosial media, mengiklankan hartanah dengan Facebook Ads & IG Ads, mengiklankan hartanah dengan Google Ads dan pengiklanan berantai menerusi Email Marketing.

Secara amnya, kos pengiklanan secara online adalah lebih efektif dan senang untuk dilihat tahap kejayaannya berbanding kos pengiklanan secara offline. Dengan mengiklankan rumah secara online, anda boleh sasarkan iklan tersebut pada audiens tertentu seperti lelaki berkahwin, berumur 30-45 tahun, tinggal di Lembah Klang dan golongan professional ataupun, keyword yang biasanya digunakan bakal pembeli rumah di platform Google seperti rumah teres Klang untuk dijual atau rumah apartment bawah RM200,000.

Dua strategi yang biasanya diguna pakai ejen hartanah berdaftar adalah menerusi personal branding. Cara ini biasanya memakan masa tetapi amat berbaloi jika dicuba. Caranya adalah dengan membuat perkongsian konten yang bermanfaat berkenaan tips dan strategi beli rumah di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.

Seterusnya, penggunaan platform online. Biasanya, penjual hartanah mengiklankan senarai hartanah di platform online seperti iProperty, Propertyguru, Hi Home dan sebagainya. Ada baiknya jika pakej platform online dilanggan secara tahunan kerana ianya memberikan senarai hartanah yang lebih besar peluangnya untuk terjual.

Kesimpulannya, penjualan rumah dengan menggunakan  teknik online sebenarnya telah lama berjaya dan rata-rata ejen hartanah berdaftar menggunakan platform hartanah online dan sosial media untuk mengumpul leads dan akhirnya menjual rumah tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *