Your search results

5 TIPS NAK MULAKAN KERJAYA EJEN HARTANAH

Posted by Saudagar Hartanah on 26/09/2019
| 0

Persediaan apakah yang perlu ada apabila dah decide nak jadi Perunding Hartanah ?

Nak jadi Perunding Hartanah ni perlu ada persediaan dari segi Mental, Emosi, Masa dan Duit.

Bukan hari ini dapat listing
Esok iklankan
Lusa boleh jual

5 Perkara yang kita perlu ada adalah

1. NIAT

Tanya diri kita. Kenapa kita pilih kerjaya Ejen Hartanah
✍ Adakah sebab DUIT
✍ Adakah sebab kena buang kerja
✍ Adakah sebab ikut kawan-kawan
✍ Adakah sebab tengok posting kawan -kawan Agent

Semua pun betul. Cuma minta Allah tetapkan hati kita untuk mencari REZEKI yang halal buat keluarga

2. ILMU

Ejen Hartanah kita deal dengan transaksi jual beli rumah yang ratus ribu dan kadang-kadang cecah jutaan ringgit.

Kita juga membantu urusan vendor dan purchase. Jadi kita kena ada knowledge yang lengkap.

Knowledge ni boleh kita dapat dari
✍ Training
✍ Bacaan
✍ Pengalaman Sendiri
✍ Pengalaman kawan-kawan

Semua diatas boleh Berikan IMPAK untuk kerjaya Ejen Hartanah

Yang paling penting. Kita kena buat dan bertindak untuk dapat ILMU dari pengalaman kita sendiri

3. COACH

Ejen Hartanah perlu berguru dan ada COACH yang sedia membimbing kita untuk Berjaya.

Jika kita tengok pasukan-pasukan yang hebat seperti bola sepak, badminton, hoki dan semua sukan. Pasti pasukan mereka mempunyai COACH yang melatih mereka

Tujuan COACH adalah
✍ Kongsi Pengalaman / Strategi
✍ Guide
✍ Push kita untuk Berjaya

4. Power Team


Sehebat mana pun kita, jika kita berseorangan pasti kita akan dikalahkan oleh mereka yang bekerja secara berpasukan.

Team sangat penting
✍ Untuk jadi check and balance pada kita
✍ Untuk jadi Push Factor untuk kita sama-sama capai IMPIAN
✍ Untuk kita memastikan kita berada pada landasan yang betul

5. MATLAMAT


Sebagai Ejen Hartanah kita perlu ada perancangan 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya.

Kita bukan nak jadi Ejen Hartanah sampai bila-bila. Kita nak jadi Bisnes Order dan Leader dalam Industri.

Perancangan boleh kita capai jika
✍ Kita ada Target
✍ Kita Merancang
✍ Kita Bertindak

Apa pun kita buat, Kita nak redho Allah dan Silaturahim yang boleh bawa kita Berjaya di Dunia dan berpanjangan hingga ke Akhirat.

#MisiKitaSama

#SaudagarHartanah

Bersedia nak jadi Perunding Hartanah? Klik poster di bawah atau hubungi saya di 016-217 9896.

Leave a Reply

Your email address will not be published.