
Jika kita adalah seorang Ejen Hartanah, business model canvas adalah perkara asas yang WAJIB untuk kita tahu dan lakukan
BMC biasanya digunakan oleh Usahawan. Sharing ini, kita ambil kira dari perspective Ejen Hartanah
Business model canvas (BMC) ialah pelan bagi perjalanan operasi perniagaan kita sebagai Ejen Hartanah, mengenalpasti semua aspek dalam kerjaya kita sebagai Ejen Hartanah, termasuk sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos.
BMC ini adalah satu model yang membantu kita untuk memahami sifat kerjaya kita sebagai Ejen Hartanah secara holistik, sistematik, mudah dan jelas.
Ini kerana, model ini memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan dengan aktiviti kita sebagai Ejen Hartanah bermula daripada pelanggan, rakan kongsi, pasaran, jualan, sehinggalah kos pengeluaran.
Bahasa mudahnya, BMC membuat kesimpulan secara holistik dan menyeluruh mengenai kerjaya kita sebagai Ejen Hartanah
BMC sangat popular dan berguna di kalangan Ejen Hartanah yang baru nak bermula dan membantu dalam rangka kerja untuk terus berkembang dan Berjaya sebagai Ejen Hartanah
BMC juga adalah alat yang membantu Ejen Hartanah untuk mencapai target ataupun misi dan visi kita sebagai Ejen Hartanah
BMC juga mudah untuk untuk dilakukan. Ia hanta memerlukan hanya sehelai kertas untuk dilengkapkan
Mari kita tengok satu-persatu element2 yang terdapat dalam BMC
- Customer Segments (CS)
Perkhidmatan yang ditawarkan Oleh Ejen Hartanah kepada satu atau lebih dari satu segment pelanggan
Contoh :
• Subsales, Undercontruction, Auction
• Market B40, M40, T20
- Value Propositions (VP)
Tawaran Nilai atau Nilai Tambah yang Ejen Hartanah berikan untuk menyelesaikan masalah pelanggan (Pembeli dan penjual hartanah)
Contoh :
• Check harga pasaran Hartanah
• Buatkan profil kewangan untuk pembeli
•
- Channels (CH)
Perkhidmatan atau tawaran Nilai yang digunakan oleh Ejen Hartanah yang disampaikan kepada pelanggan melalui kaedah saluran jualan (sales channel), Komunikasi untuk menyampaikan maklumat, medium2 online / offline yang digunakan pakai
Contoh : Facebook, Mudah.my, Propertyguru
- Customer Relationships (CR)
Kaedah yang digunakan oleh Ejen Hartanah untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan
Contoh :
• Ucapan hari lahir
• Open table
• Jemput datang event dan open house yang dijalankan oleh Agensi
- Revenue Streams (R$)
Channel atau aliran pendapatan dari perkhidmatan Ejen Hartanah yang kita tawaran
Contoh :
• Komisyen
• Peguam
• Bank
• Construction
- Key Resources (KR)
Sumber / Tools yang Ejen Hartanah perlukan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Ini berkaitan building block 1 – 5 diatas
Contoh :
• Handphone
• Laptop
• Pengangkutan
- Key Activities (KA)
Aktiviti utama yang perlu dilakukan oleh Ejen Hartanah untuk perkhidmatan yang ditawarkan
Contoh :
• Cari Listing
• Analisa listing
• Inspection
• Marketing
• View
- Key Partnerships (KP)
Rakan kongsi yang terlibat dalam aktiviti kita sebagai Ejen Hartanah
Banyak aktiviti Ejen Hartanah memerlukan pihak Ketiga dalam perkhidmatan yang kita tawaran
Contoh :
• Bank
• Valuer
• Partner In Sales
- Cost Structure (CS)
Semua aktiviti yang Ejen Hartanah memerlukan kos / duit . Ejen Hartanah boleh memahami kos2 yang terlibat dalam semua urusan Ejen Hartanah
Contoh :
• Minyak
• Handphone
• Kos pengiklanan
InsyaAllah, fahami dan buat BMC ini. Ia akan memberikan result yang besar kepada kerjaya kita sebagai Ejen Hartanah