Your search results

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tak Tahu Caranya? Ikuti 16 Tips Terbaik Daripada Pakar

Posted by Saudagar Hartanah on 10/12/2019
| 0

Asyik menyewa rumah sahaja? Bila lagi nak ada rumah sendiri?

Sekiranya anda menghadapi pertanyaan ini, anda tidak keseorangan.

Di sini kami kongsikan kepada anda tip-tip emas untuk memudahkan anda beli rumah pertama anda.

Siapa yang tidak impikan tinggal di rumah sendiri, kan?

Mungkin ada yang memberikan alasan untuk tidak berbuat demikian. 

Ada yang menjawab kekangan permohonan pinjaman bank dan kekurangan wang pendahuluan.

Malah ada yang mengatakan bahawa proses membeli rumah merumitkan, terutama buat mereka yang baru pertama kali mahu berurusan.

Dengan nilainya yang besar, pastinya prosedur beli rumah pertama ini perlu dibuat dengan diteliti dan difahami sebaik-baiknya.

beli rumah

Biasanya, terdapat dua faktor menyebabkan seseorang mahu membeli rumah; sebagai tempat tinggal dan sebagai pelaburan.

Bagi anda yang perlukan panduan, di sini kami kongsikan 16 panduan beli rumah pertama.

1. Dalami Ilmu Hartanah

Image result for research before buy house

Ini adalah perkara asas di mana anda perlu ada ilmu tentang hartanah di Malaysia.

Anda perlu tahu perbezaan jenis rumah dan pinjaman bank serta kadar faedah pinjamannya. 

Selain itu, anda perlu mengenali pemaju hartanah yang mempunyai rekod yang baik.

2. Ukur Tahap Kemampuan

Individu yang ingin membeli rumah dinasihatkan untuk tidak memperuntukkan ansuran pinjaman bulanan rumah lebih satu pertiga dari pendapatan isi rumah.

Sebagai contoh, jika gabungan pendapatan anda dan pasangan bersamaan RM6,000, maka pembayaran rumah tidak digalakkan lebih dari RM2,000.

3. Rumah Pertama = Rumah Pelaburan

Anda boleh menjadikan rumah pertama yang dibeli sebagai rumah pelaburan.

Jadikan ia sebagai rumah sewa supaya dalam masa sama anda boleh menjana duit poket tambahan.

Jika anda sudah berkeluarga dan keperluan rumah lebih penting, mungkin boleh mencari rumah kedua pula sebagai rumah pelaburan.

4. Perlu Pendapatan Tetap

Image result for ringgit malaysia

Hakikatnya tak ramai orang mampu membeli rumah secara tunai. 

Oleh kerana itu, pinjaman bank diperkenalkan untuk memudahkan orang awam memiliki rumah.

Sudah tentu peminjam mampu membuat pembayaran semula setiap bulan dan ada pendapatan tetap.

5. Tepis Tarikan Iklan Tentang ‘Cash Rebate’

Walaupun pemaju menyatakan anda akan mendapat ‘cash rebate’, kos guaman percuma dan sebagainya, jangan mudah terpedaya.

Ini kerana kesemua kos berkenaan sudah termasuk di dalam harga rumah.

6. Duit Poket Sampingan

Kalau anda mendapat duit nafkah dari suami (contohnya) atau ada bisnes kecil-kecilan, pastikan ada transaksi teratur melalui akaun bank atau buktikan dengan rekod cukai pendapatan.

7. Akaun Kedua KWSP

Image result for akaun kedua kwsp rumah

Untuk mengumpul duit membeli rumah mungkin memakan masa yang panjang.

Jika masih belum cukup duit simpanan, anda boleh mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun kedua KWSP untuk kegunaan membeli rumah.

8. Dapatkan Bantuan Daripada Ejen Hartanah

Jika anda memerlukan bantuan membeli rumah, lantik seorang ejen dan beritahu butiran bakal rumah anda seperti jenis rumah, lokasi, tempoh pinjam bank dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda, dapatkan tips dan khidmat pembelian rumah daripada Team Saudagar Hartanah.

saudagar hartanah panduan beli rumah

9. CCRIS Dan CTOS

Periksa status kredit anda di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Sentral (CCRIS) atau Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) untuk melihat tunggakan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli dan status bankrap.

Anda boleh periksa di sini.

10. Rumah Kecil Pun Ok!

Nak beli rumah tak semestinya bermula dengan banglo dilengkapi dengan reka bentuk moden dan perabot mahal.

Ubah mentaliti ini. Beli rumah kecil dahulu pun tak mengapa kerana harga rumah makin naik setiap tahun.

11. Kaji Lokasi

Pilih rumah yang berhampiran dengan lokasi pejabat.

Ini supaya dalam masa yang sama anda boleh menjimatkan duit tol dan petrol sekaligus mengurangkan masa atas jalan raya.

12. Pilih Lokasi Berpotensi

Beli rumah di lokasi yang menjadi tumpuan seperti di bandar atau berdekatan dengan kemudahan awam kerana ia mudah untuk dijual semula pada masa akan datang. 

13. Lihat  Status Tanah

Ketahui pegangan tanah bakal rumah anda sama ada ia freehold atau leasehold.

14. Bukan Maksimum Kelayakan

Walaupun pendapatan anda layak beli rumah sehingga RM300,000, namun carilah rumah yang harga RM250,000.

Ini supaya mudah mendapat kelulusan bank kerana ia berkait dengan Debt Service Ratio (DSR).

15. Kos Ekstra Hartanah Strata

Image result for apartment maintenance

Jika membeli rumah seperti apartmen atau kondominium, anda perlu bersiap sedia dengan kos insurans dan kos selenggara kemudahan dan bangunan. Semak kos tersebut sebelum membeli.

16. Baca, Teliti, Fahami

Pastikan anda baca semua surat tawaran dan dokumen perjanjian jual-beli rumah. Jika sesuatu terjadi, tandatangan anda pada dokumen itu akan terpakai.

Sememangnya urusan membeli rumah pertama bukanlah mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

Anda boleh mendapatkan bantuan pemilikan dan pembelian hartanah di Malaysia dengan Team Saudagar Hartanah.

Saudagar Hartanah merupakan team perunding hartanah yang komited membantu individu yang sedang mencari rumah pertama.

Pelbagai pilihan hartanah di seluruh Malaysia ditawarkan, dari rumah flat dan kondominium sehinggalah ke rumah teres setingkat dan banglo.

Anda juga boleh memiliki buku-buku keluaran Team Saudagar Hartanah seperti:

SOLD! Kunci Ini Milik Siapa

ON Your Mark, Get Set, Go

Checkmate, 101 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Peguam Sebelum Beli Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published.