Sekarang ni ramai yang contact saya kerana mahu menjadi Perunding Hartanah.
Bila tanya kenapa pilih kerjaya Perunding Hartanah. Mereka kata sebab DUIT dan FLEXIBLE.
Saya akan minta mereka hadam 9 Skop Perunding Hartanah ini sebelum mereka serious nak jadi Perunding Hartanah.
SKOP 1 : LISTING
Listing atau hartanah yang hendak dijual adalah nyawa Perunding Hartanah. Jadi Perunding Hartanah perly bijak untuk mendapatkan Listing Hartanah
Banyak kaedah yang boleh digunakan. Antaranya
- Circle of Influence
- Mudah.my
- Komuniti
- Kawan2 Perunding Hartanah
- Google Form
Senang cerita, semua sudut yang membolehkan orang mengetahui yang kita adalah Perunding Hartanah
Formula yang biasa saya gunakan adalah
Visibility + Credibility = Profitability
SKOP 2 ANALISA LISTING
Bukan semua listing yang kita dapat adalah Kualiti Listing. Ada listing yang terlalu mahal, ada rumah yang rosak, ada rumah kawasan yang mempunyai permintaan yang rendah.
Jadi kita kena bijak untuk menganasia listing yang kita perolehi. Antara
- Gunakan Brickz
- Buat perbandingan harga di medium online seperti mudah.my, Propertyguru, Iproperty
- Tanya banker
- Tanya Valuer
- Tanya kawan Perunding Hartanah
Semuanya yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai listing tersebut. Agar kita tidak buang masa dan duit kerana Fokus pada listing yang tak boleh nak jual.
SKOP 3 : INSPECTION
Bila kita dah ada maklumat yang kita buat. Kita set jumpa owner.
Antara tujuannya ialah untuk
- Bina hubungan baik dengan owner
- Dapatkan Appointment Letter
- Ambil gambar
- Terangkan proses jual beli
- Terangkan mengenai pasaran hartanah semasa vs harga yang penjual nak jual
SKOP 4 : MARKETING
Bila kita dah dapat listing dan kita dan analisa listing. Kita boleh mulakan iklan untuk war2kan iklan kita
Biasa kita gunkan 2 medium
Online
✔ Berbayar
? Mudah.my
? Propertyguru
? Iproperty
✔ Percuma
? Facebook
? Carousel
? Forum group
? Propwall
Offline
? Gantung Banner
? Flyer
Senang cerita, ‘tabur’ di semua medium yang pembeli boleh nampak Iklan rumah kita tu.
SKOP 5 : VIEW
Bila kita mula buat marketing dan potential pembeli nampak rumah kita. Sudah pasti mereka akan hubungi kita untuk tengok rumah.
Jadi set appointment dengan Pembeli dan Penjual untuk tengok rumah.
SKOP 6 : CLOSE
Lepas view rumah dan pembeli berminat nak beli. Ini part paling best
Yang penting Perunding Hartanah kena lakukan
✔ Check kelayakan pembeli
✔ Buka borang jualan MOS/OTP
✔ Explain proses jual beli
✔ Minta pembeli bayar booking
SKOP 7 : BANKING
Lepas pembeli bayar booking. Kita akan bantu pembeli untuk dapatkan pinjaman perumahan.
Biasa kita minta tolong Banker atau Mortgage Broker untuk bantu pembeli dapatkan pinjaman perumahan.
Antara document yang bank akan minta adalah
✔ Salinan slip gaji 3 bulan
✔ Bank Statement 3 bulan
✔ EPF Statement (Jika ada)
✔ Salinan IC
✔ EA
✔ Tabung Haji / ASB
Jika ada document tambahan yang diperlukan. Banker akan deal direct dengan pembeli
SKOP 8 : LAWYER
Bila loan dah approve. Kita akan minta peguam sediakan perjanjian jual beli.
Antara document yang lawyer perlukan
✔ Sales & Purchase lama
✔ Loan Agreement lama
✔ IC pembeli / penjual
✔ Title
✔ Cukai Pintu / Cukai Tanah
✔ MOS / OTP
✔ Appointment Letter
Jika ada document tambahan yang diperlukan. Lawyer akan deal dengan pembeli dan penjual
SKOP 9 : CLAIM
Ini part yang paling BEST. Lepas Sales & Purchase dah sign dan dimatikan setem, kita boleh submit Claim atau kata mudah ambil gaji kita.
Antara document yang diperlukan untuk submit claim
✔ MOS / OTP
✔ Appointment Letter
✔ Booking
✔ SnP Lama
✔ SnP baru
✔ IC penjual
✔ IC pembeli
Jika boleh hadam semua Skop Perunding Hartanah ni, maka korang layak untuk jadi Perunding Hartanah yang berjaya.
Bersedia nak jadi Perunding Hartanah? Klik poster di bawah atau hubungi saya di 016-217 9896.