PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI SURATCARA PINDAHMILIK

Siapa disini yang belum membeli atau memiliki rumah? Jika ada diantara anda yang bercadang untuk membeli rumah pertama pada tahun 2019 dan 2020, anda PERLU tahu yang anda boleh mendapatkan pengecualian duti setem bagi suratcara pindahmilik.

Jika anda tidak pasti apa itu suratcara pindahmilik, sila baca posting saya yang sebelum ini.

Syarat-syarat untuk mendapatkan pengecualian duti setem suratcara pindahmilik:

1. Perjanjian jual beli mestilah bertarikh dari 1/1/2019 hingga 31/12/2020;
2. Harga belian mestilah RM300 ribu dan kebawah;
3. Harta kediaman yang dibeli BUKAN soho, sovo, sofo atau service apartment;
4. Anda tidak pernah memiliki rumah kediaman termasuk rumah kediaman yang diperolehi melalui perwarisan;
5. Anda belum pernah diberi pengecualian duti setem dibawah pengecualian ini.
Jika anda memenuhi syarat-syarat diatas bermaksud anda TIDAK PERLU BAYAR duti setem.

Tetapi JANGAN LUPA untuk maklum kepada peguam tau, nanti peguam akan sediakan Surat Akuan untuk tuan tandatangan dan peguam akan serahkan Surat Akuan tersebut kepada LHDN.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Dipersilakan share jika bermanfaat.

Nota Peguam Edorra

#PapanCaturHartanah
#SaudagarHartanah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *