Bagaimana untuk kekalkan Penyewa Rumah Anda?

Rumah tanpa penyewa dianggap sepi bagi pemilik unit kediaman kerana ia merupakan satu mimpi ngeri dalam pelaburan hartanah. Lagi-lagi pada zaman yang mencabar sekarang ini di mana ramai orang agak takut untuk menyewa disebabkan kurang pendapatan untuk membayar sewa dan terpaksa berpindah ke halaman keluarga masing-masing dan ada juga yang takut dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyewa disebabkan takut dengan penyebaran wabak atau virus covid-19.

Tips dan strategi supaya anda dapat mengekalkan penyewa rumah dengan cara menjaga kebajikan penyewa anda.  Ini adalah perkara pertama yang pemilik rumah perlu lakukan dimana pemilik rumah perlu bertanyakan tentang apa yang boleh dibantu agar penyewa selesa menetap di kediaman anda. Sebagai contoh, jika rumah kediaman tersebut jenis high-rise, selalunya rumah tersebut lebih cenderung menghadapi serangan lipas. Oleh itu, sumbanglah sedikit modal untuk melakukan PEST control agar rumah itu sentiasa terjaga dan selamat.

Seterusnya, pemilik rumah perlu menguruskan kediaman rumah. Anda sebagai pemilik rumah perlu memastikan kediaman anda bersih untuk penyewa dengan memastikan barang-barang kelengkapan rumah seperti televisyen, mesin basuh, kipas, lampu, pemanas air diselenggara dengan baik untuk kegunaan dan kebajikan penyewa anda.

Di samping itu, pemilik rumah perlu sentiasa berhubung dengan penyewa. Pemilik rumah hendaklah melaporkan kepada penyewa akan isu atau berita terkini tentang lokasi kediaman yang diduduki tersebut. Sebagai contoh, pemilik rumah mesti mempunya akses tentang informasi berkaitan kawasan sekitar kediaman melalui WhatsApp Group taman perumahan tentang masalah yang berlaku seperti ketiadaan air, atau pada masa kini dapat mengetahui mana mana ahli rumah yang telah dijangkiti covid-19. Dengan cara ini, penyewa dapat mengetahui tentang perkara yang berlaku di sekitar mereka dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Selain itu, pemilik rumah perlu mengkaji harga di sekitar kawasan kediaman. Sebagai pemilik rumah, anda perlu tahu harga yang ditawarkan oleh taman perumahan yang sedia ada di kawasan perumahan anda, kemudian barulah anda menawarkan harga yang bersesuaian  dan tidak terlalu mahal kepada penyewa. Dengan cara ini, penyewa lebih tertarik untuk menyewa dengan anda dengan harga yang mereka rasa berpatutan. 

Akhir sekali, pemilik sewajarnya mengeluarkan kontrak. Cara ini secara langsung dapat meningkatkan pendapatan dan anda tidak perlu stress dan buntu untuk mencari penyewa baru. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan kontrak sewaan selama 2 atau 3 tahun kepada penyewa dengan syarat anda tidak akan meningkatkkan jumlah bayaran sewaan.

Oleh yang demikian, kesemua cara ini adalah terbaik untuk memastikan pelaburan hartanah ini berjaya dengan memperoleh aliran tunai yang positif kerana objektif dan fokus utama  dalam pelaburan hartanah adalah pulangan sewa. Anda boleh mempraktikkan cara ini untuk meningkatkan kadar pulangan sewa yang anda peroleh agar anda dapat mencapai objektif yang anda mahukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *