Sekarang ni ramai kawan-kawan yang bercerita mengenai syarikat minta staff cuti tanpa gaji, ada yang minta staff berhenti, ada syarikat dah tak ada duit nak bayar gaji, ada juga yang masih tak dapat kerja.
Jika nak sembang mengenai cabaran Ekonomi dan kesan kepada masyarakat memang tak akan habis.
Melalui sembang-sembang dengan mereka, saya dapat rasai mereka
MENGALAMI TEKANAN PERSAAN
Masalah kewangan ini membuat kita merasa rungsing memikirkan mengenai tiada wang dan masalah hutang. Ini menyebabkan fikiran hanya fokus kepada masalah dan tidak dapat fikir kepada solusi. Ini menyebabkan masalah tekanan perasaan
TUTUP LUBANG DAN BUKA LUBANG BARU
Ada yang cuba buat personal loan, konon nak tutup hutang lama. Sudahnya, hutang makin meningkat.
Ada yang pinjam dan keluarga dan kawan-kawan. Sudahnya tak dapat bayar dan terputus hubungan silaturrahim.
Ada yang lagi pening apa bila mula meninjam dari Ahlong yang konon-konon nak menolong. Sudahnya kita yang dikejar setiap masa.
MASALAH KEWANGAN
Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Setiap bulan akan komitmen bulanan yang kita nak kena bayar seperti bayaran sewa rumah, kereta, bil TNB / AIR, perbelanjaan harian.
Jangka masa panjang masalah ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan perselihan dalam keluarga. Jika ada yang tak tahan akan mencari jalan keluar dengan perpisahan.
MUFLIS
Ramai kawan-kawan yang berhutang Kad Kredit, Personal Loan dan hutang Rumah dan kereta yang tertunggak berbulan-bulan. Ini menyebakan bank mengambil tindakan undang-undang dan dan sudahnya menjadi Muflis.
SOLUSINYA?
JOM kita berdoa agar Allah memudahkan urusan kita. Moga Allah Ya Razzak meluaskan REZEKI kita seluas langit dan bumi.
Kita perbanyakan ISTIGHFAR.
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
Ikuti Career Opportunity Presentation Team Saudagar Hartanah. Semak tarikh terkini di https://saudagarhartanah.com/cop/