Your search results

Nak Jadi Ejen Hartanah Tapi Tak Tahu Caranya?

Posted by Saudagar Hartanah on 20/03/2020
| 0

Ikuti 3 Tips Terbaik Daripada Pakar
🏡🏡🏡

Jika anda sedang tercari-cari mengenai Peluang untuk menjadi Ejen Hartanah, anda wajib untuk baca artikel ini.

Tulisan ini berdasarkan pengalaman team kami selama 9 tahun dalam Industri Hartanah dan pengalaman saya melatih lebih dari 3000 Ejen Hartanah sepanjang career sebagai Ejen Hartanah.

 

1. Hadiri Career Opportunities Program (COP)

Saya menggalakkan anda untuk menghadiri COP yang dianjurkan oleh Agensi Hartanah. Tujuan anda menghadiri COP adalah untuk memahami peluang yang terdapat dalam Industri Hartanah.

Antara TOPIK yang akan dikongsikan dalam COP adalah

  •  Apa yang dimaksudkan dengan Ejen Hartanah
  • Mengapa kita perlu jadi Ejen Hartanah
  • Statistik transaksi jual beli hartanah di Malaysia
  • Peluang yang kita boleh perolehi sebagai Ejen Hartanah
  • Ciri-ciri Ejen Hartanah yang BERJAYA
  • SKOP Kerja Ejen Hartanah
  • Bagaimana menjadi Ejen Hartanah yang BERJAYA
  • Fomula untuk BERJAYA sebagai Ejen Hartanah

Apabila kita memahami semua persoalan di atas. Ini sangat-sangat membantu untuk anda membuat keputusan menjadi Ejen Hartanah.

 

2. Hadiri kursus Ejen Hartanah (Negotiator Certification Course)

Sebagai Ejen Hartanah kita terikat dengan undang-undang dan kita dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Jadi kita mesti berdaftar dengan mereka

NCC ini dikendali dan dikawal selia oleh LPPEH (https://lppeh.gov.my)

Kursus NCC ini dianjurkan oleh banyak organisasi antaranya https://www.miea.com.my/ncc dan https://www.goodinstitute.my/

Antara Topik yang akan dikongsikan adalah

• Pengenalan kepada Pasaran Hartanah
• Gambaran Mengenai Pasaran Hartanah di Malaysia
• Peranan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah
• Peranan Real Estate Agent dan Real Estate Negotiator
• Malaysia Estate Agency Standard
• Praktis Agensi Hartanah di Malaysia
• Borang-borang yang terlibat dalam Industri Hartanah
• Asas perundangan dalam Industri Hartanah
• Pemasaran Digital dalam Industri Hartanah
• Kewangan dalam Industri Hartanah

Setelah menghadiri kursus ini, anda akan mendapat Sijil NCC.

Anda perlu sediakan dokumen dibawah untuk membolehkan Agensi mendaftarkan anda sebagai Real Estate Negotiator

• Salinan Sijil NCC
• Gambar berukuran passport (Background Putih)
• Salinan IC
• Borang pendaftaran sebagai REN
• Surat dari Agensi Hartanah

 

3. Hadiri Kursus Workshop Praktikal (WASH)

Setiap Ejen Hartanah diwajibkan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Agensi Hartanah.

Ini memastikan anda mempunyai pengetahuan yang lengkap sebagai Ejen Hartanah

Antara kursus dan aktitivi yang wajib anda sertai untuk menjadi Ejen Hartanah yang Berjaya adalah

• Goal Setting
• Memahami kaedah manage pelanggan
• Skil Berkomunikasi
• Memahami kaedah manage listing
• Pengurusan Masa
• Field Work
• Kaedah pemasaran Online dan Offline
• Memahami isi kandugan dokumen (boring)
• Business Modal Canvas

Jika anda faham dan Praktikkan semua Ilmu diatas. InsyaAllah akan mampu capai pendapatan melebihi RM10 ribu dalam masa kurang dari 6 bulan.

Ikuti 3 Tips ini untuk anda melibatkan diri sebagai Ejen Hartanah.

Kelas dan kursus boleh didapati di negeri berikut:

📲Pulau Pinang
📲Kedah
📲Perak
📲Selangor
📲Kuala Lumpur
📲Negeri Sembilan

 

Ikuti Career Opportunity Presentation Team Saudagar Hartanah. Semak tarikh terkini di https://saudagarhartanah.com/cop/

 

#Saudagarhartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published.