SOAL JAWAB HARTANAH: PEMBATALAN PERJANJIAN JUAL BELI

PEMBATALAN PERJANJIAN JUAL BELI

Apakah HAK PEMBELI sekiranya Penjual ingin membatalkan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani?

Dan Apakah pula HAK PENJUAL sekiranya Pembeli ingin membatalkan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani?

 

Pertama sekali, semak terma yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli.

Urusan jual beli tersebut akan tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli itu.

1)Hak Penjual:

Common practice, sekiranya Pembeli ingin membatalkan Perjanjian Jual Beli yang di tandatangani, kebiasaannya 10% yang telah di bayar kepada Penjual sebagai Wang deposit akan hangus (forfeited).

 

2)Hak Pembeli:

Dan sekiranya Pihak Penjual ingin membatalkan Perjanjian Jual Beli setelah Perjanjian Jual Beli di tandatangani, Pihak Pembeli boleh menuntut semula wang deposit sebanyak 10% yang telah di bayar kepada Penjual dan menuntut sebanyak 10% kos ganti rugi daripada Pihak Penjual.

 

Perjanjian Jual Beli adalah dokumen yang paling utama dalam proses jual dan beli rumah. Di dalam perjanjian ini terkandung semua maklumat mengenai hartanah yang dibeli seperti nama pembeli, nama penjual, maklumat hartanah, syarat-syarat dan terma-terma yang membolehkan proses jual beli terjadi.

Pembeli dan penjual berhak memasukkan segala informasi seperti harga yang dipersetujui merangkumi kabinet dapur, kipas, lampu dan segala yang dipersetujui semasa perbincangan jual beli tersebut.

Jom Share! Moga Bermanfaat, Insha Allah

#SaudagarHartanah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *