Your search results

INFO HARTANAH: APAKAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)?

Posted by Saudagar Hartanah on 28/09/2018
| 0

Apakah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)?

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau juga dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RGPT) adalah cukai yang dikenakan keatas harta tanah yang menjana keuntungan.

Dan apakah terdapat sebarang PENGECUALIAN daripada membayar cukai keuntungan hartanah?

Secara amnya, CKHT dikenakan kepada penjual yang menjual hartanahnya kurang daripada 5 tahun. Kadar dan peraturan-peraturan yang berbeza ditetapkan kepada warganegara Malaysia, syarikat tempatan, warga asing dan syarikat asing.

Berdasarkan undang-undang, 3% daripada harga jualan akan diremitkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sewaktu menandatangani Perjanjian Jual Beli. Sebarang tambah nilai /pulangan ke atas CKHT akan dinilai oleh LHDN dan penjual dikehendaki untuk mematuhi had masa yang telah ditetapkan.

Untuk pengetahuan anda, warganegara Malaysia berhak untuk mendapatkan sekali perlepasan seumur hidup bagi pelupusan hartanah perumahan.

 

Contoh Kiraan CKHT /RGPT:

Katakan Ahmad membeli rumah pada 2 tahun lepas dengan harga RM 100,000. Tetapi sebelum 3 tahun, Ahmad menjualnya semula dengan harga RM150,000. Ini bermakna Ahmad menjana untung sebanyak RM50,000. Disebabkan beliau menjual di dalam tempoh 3 tahun, beliau dikenakan cukai sebanyak 30% .

RM50,000 x 30% = RM15,000

RM15,000 adalah jumlah yang perlu Ahmad bayar kepada kerajaan.

Seperti yang dimaklumkan diatas, kadar cukai hartanah adalah berbeza mengikut individu sama ada seorang warganegara atau tidak dan syarikat tempatan atau asing. Kadar cukai juga berbeza untuk tahun ke-3, 4, 5 dan seterusnya.

Penerangan lebih jelas dalam bentuk jadual mengenai perbezaan kadar cukai ada terdapat dalam buku “ON YOUR MARK, GET SET, GO: Panduan Zero To Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah”

Semoga Bermanfaat, Jom Share!

#SaudagarHartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published.