Your search results

PERUNDING HARTANAH: KERJAYA ATAU PERNIAGAAN?

Posted by Saudagar Hartanah on 25/09/2018
| 0

Ramai yang bertanya, menjadi Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) merupakan kerjaya atau perniagaan?

Ini perkongsian daripada sifu Saudagar Hartanah, Tuan Ahmad Firdaus:

Saya katakan Perunding Hartanah adalah sebuah kerjaya, sama seperti Doktor, Peguam, Arkitek, Jurutera, Farmasi, Juruukur Bahan (Quantity Surveyors) atau Juruukur Tanah (Land Surveyors).

Saya membuat perbandingan ini kerana kerjaya yang saya nyatakan terikat dengan undang-undang.

Jika Peguam (Legal Profession Act 1976), Jurutera (Engineer Act 1987), Doktor (Medical Act 1987), Arkitek (Architects Act 1967), Juruukur Tanah (Land Surveyors 1967), Farmasi (Pharmacists Act 1951), maka Ejen Harta Tanah serta Perunding Hartanah juga terikat dengan undang-undang iaitu Valuers Appraisers and Estate Agents Act 1981.

Walaupun nama Perunding Hartanah nampak seperti pekerjaan yang tidak dipandang tinggi seumpama kerjaya-kerja lain, namun tanggungjawab sebagai Perunding Hartanah cukup besar. Kerana ianya melibatkan proses jual beli hartanah dan adakalanya melibatkan transaksi yang bernilai jutaan ringgit.

Jadi Perunding Hartanah mestilah terikat dengan peraturan dan perundangan. Maka Perunding Hartanah mestilah seorang yang amanah dan boleh dipercayai. Kepercayaan ini wajib diwujudkan seawal urusniaga. Sikap amanah dan menepati masa meningkatkan nilai diri seorang Perunding Hartanah di mata pembeli dan pemilik rumah atau tuan tanah.

Keadaan ini membuatkan kedua-dua pihak yakin dan senang berurusan dengan anda. Bonusnya mereka akan merujuk anda kepada saudara-mara dan sahabat mereka untuk jualan jual beli hartanah pada masa hadapan.

Jom share kepada yang lain, moga ramai yang terbuka dengan kerjaya sebagai Perunding Hartanah.

#saudagarhartanah

 

“Jom Sertai Sifu Saudagar Hartanah di WORKSHOP ADVANCED SAUDAGAR HARTANAH

Apa yang anda akan perolehi?

 Pengenalan 9 Skop Ejen Hartanah
 Bagaimana mencari listing dari owner
 Isu-isu berkaitan pemilikan dan pindahmilik
 Fahami kandungan geran dan dokumen hartanah
 Fahami kandungan Offer to Purchase antara owner dan buyer
 Bagaimana cara marketing listing anda
 Kaedah FARMING yang Efektif
 Bagaimana screen buyer yang berkualiti
 Sisi Praktikal

Info lanjut layari: https://saudagarhartanah.com/wash/

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

Leave a Reply

Your email address will not be published.