Berapa lamakah masa untuk sesuatu transaksi hartanah selesai?
Tempoh masa yang diambil untuk proses jual beli rumah ini agak subjektif.
Jenis hak milik tanah menentukan tempoh pegangan tanah. Ianya juga akan menentukan berapa lama tempoh pindah milik daripada penjual kepada pembeli.
Secara normalnya (tetapi tidak semestinya), tempoh masa proses transaksi jual beli rumah yang dicatatkan dalam Sale Purchase Agreement (SPA) adalah 90 hari atau 3 bulan.
(Tempoh ini tidak termasuk tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan kebenaran (Consent) daripada pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah bagi jenis-jenis rumah yang memerlukan consent seperti rumah atau hartanah leasehold, Malay Reserve dan jenis-jenis hartanah khusus yang tercatat pada geran memerlukan consent bagi segala transaksi pindahmilik, cagaran, atau sebagainya).
Bermakna bagi sebuah hartanah freehold yang tiada sebarang sekatan, dan geran sudah di daftarkan di atas nama Penjual, tempoh 90 hari @ 3 bulan akan berjalan dari tarikh Perjanjian Jual Beli, SPA.
Bagi hartanah jenis yang memerlukan kebenaran (consent) pihak berkuasa negeri, 90 hari bermula setelah consent (kebenaran pindahmilik) diterima. Masa untuk mendapatkan consent pula bergantung kepada negeri, sekiranya di Selangor lebih kurang dalam sebulan dua juga untuk dapatkan kebenaran pindahmilik.
Kebiasaannya, dalam SPA akan terkandung tempoh lanjutan sekiranya tempoh 90 hari tidak selesai proses pindahmilik rumah atau hartanah. Iaitu amalan biasa adalah selama 30 hari. Tempoh ini juga dikenali sebagai Grace Period. Dan, kebanyakkan SPA mencatatkan penalti sebanyak 8% atas baki bayaran.
Kadar penalti ni kebiasaannya 8% dari harga rumah yang mana dikira berdasarkan hari kelewatan. Contoh kata pembeli lewat sehingga 25 hari dan harga rumah ialah RM300,000.
Cara kira penalti pula macam ni:
Cth : (25 hari / 365 hari setahun) x 8% x RM300,000 harga rumah = RM1,643
Jom kita share, moga ramai yang faham
#SaudagarHartanah