Your search results

SENARIO KEPENTINGAN PROSES JUAL BELI RUMAH

Posted by Saudagar Hartanah on 29/08/2018
| 0

Catatan perkongsian daripada sifu Saudagar Hartanah, Tuan Ahmad Firdaus berkenaan kepentingan proses jual beli rumah:

Saya mendapat panggilan daripada klien mahu berjumpa untuk minta pendapat mengenai proses jual beli hartanah. Alkisahnya begini…

Klien beli sebuah rumah dari saudaranya, namun tiada dokumen perjanjian jual beli yang betul. Hanya buat memorandum jual beli atas sehelai kertas putih pada tahun 1998. Nama di geran masih nama pemilik lama.

Rumah disewakan dan pembeli yang kutip duit sewaan bagi setiap bulan.

Tahun 2016, owner bagitahu yang rumah nak kena lelong kerana ada tunggakan 20k pada bank. Dalam diam owner lama pergi refinance rumah tersebut. Jadi owner minta buyer tolong selesaikan loan tunggakan. Buyer tolong selesaikan

Tahun 2018 owner call buyer minta 15k dan sanggup tukar nama kepada nama buyer. Tapi kena bayar duit tu dulu. Selepas tu, selesaikan hal-hal lain berkaitan dokumen.

Buyer call dan nak release duit kepada owner 

Saya kata kita kena selesaikan dokumen Perjanjian Jual Beli dan Surat Tujuan buyer release RM15k pada owner. Kita minta nasihat peguam untuk uruskan kerana ada pelbagai kemungkinan boleh terjadi:

👉 Kemungkinan buyer refinance rumah sekali lagi
👉 Kemungkiman rumah ada kaveat
👉 Kemungkinan buyer bankrap
👉 Kemungkinan buyer tak mahu menandatangani apa-apa Surat Perjanjian selepas dapat duit

Terus call pihak peguam, terangkan dan tetapkan appointment antara peguam dan pembeli.

Bukan semua perkara Saudagar Hartanah boleh selesaikan.

#SaudagarHartanah

 

“Mantapkan ilmu hartanah anda bersama kami di WORKSHOP ADVANCED SAUDAGAR HARTANAH

Info lanjut layari: https://saudagarhartanah.com/wash/

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

Leave a Reply

Your email address will not be published.