Your search results

PROSES JUAL BELI RUMAH YANG MELIBATKAN LPPSA

Posted by Saudagar Hartanah on 27/08/2018
| 0

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah pembiayaan kewangan bagi yang bekerja kerajaan untuk memiliki hartanah. Mengikut Akta 767 iaitu Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015, Bahagian IV: Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam

23. (1) Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam hendaklah diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan bagi –

(a) pembelian rumah kediaman yang telah siap;

(b) pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu, di atas tanah yang dimiliki oleh orang yang layak yang diluluskan dan tanah itu –

(i) adalah bebas daripada bebanan; atau

(ii) sedang dibiaya melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam;

(c) pembelian rumah kediaman yang sedang dibina;

(d) pembelian tanah bagi maksud pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu;

(e) penyelesaian keseluruhan atau sebahagian daripada pinjaman sedia ada daripada bank atau institusi kewangan yang diambil bagi maksud membeli tanah, dengan atau tanpa rumah kediaman di atasnya, atau membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah kediaman, sebelum pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan

(f) pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiaya atau diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam

Terdapat juga Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA dan garis panduan sebagai rujukan tambahan proses pembiayaan perumahan.

 

Proses Jual Beli yang Melibatkan LPPSA

Ini perkongsian daripada sifu Saudagar Hartanah, Tuan Ahmad Firdaus bin Mahmod berkenaan proses jual beli yang melibatkan LPPSA:

1. Perjanjian Jual Beli yang telah termeterai dan dimatikan setem.

2. Jika harta masih terhutang, dapatkan dahulu Penyata Baki Hutang terkini bagi tempoh 6 bulan.

3. Jika ada kebenaran pindahmilik dan gadaian, mohon dahulu kebenaran pindahmilik dan gadaian di pejabat tanah berkenaan.

4. Jika melibatkan pengesahan pemaju bagi hakmilik induk, dapatkan dahulu surat pengesahan pemaju dan minta pemaju menandatangani Aku Janji.

5. Carian rasmi terkini (sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh penghantaran permohonan LPPSA)

6. Mematuhi senarai semak LPPSA mengikut jenis pinjaman (kepelbagaian)

7. Hantar permohonan online di www.lppsa.gov.my

8. Hantar Borang 1 dan salinan permohonan online yang telah dicetak kepada Jabatan Penilaian. Sertakan juga lampiran lain seperti prinsip perjanjian jual beli, salinan geran dan sebagainya.

8. Hantar dokumen yang hardcopy mengikut senarai semak kepada LPPSA termasuk Borang 3 Aku Janji Pemegang Pertaruhan i.e peguam, penyata baki hutang, slip gaji, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan.

9. Jika tiada kuiri dari LPPSA, letter offer akan keluar dalam masa 7 hari bekerja (minimum) dan boleh mencecah sehingga 21 hari bekerja

10. Selepas surat tawaran dikeluarkan oleh LPPSA, peminjam adalah wajib pulangkan Surat Setuju Terima ke LPPSA sebagai tanda setuju menerima pembiayaan dalam masa 30hari dari tarikh surat tawaran.

11. Peguam akan sediakan dokumen pembiayaan berkaitan dan mengatur temujanji dengan peminjam untuk menandatangani dokumen tersebut.

Nota :
Artikel ini hanya untuk tujuan maklumat dan tidak boleh diambil sebagai nasihat undang-undang.

 

“Mantapkan ilmu hartanah anda bersama kami di WORKSHOP ADVANCED SAUDAGAR HARTANAH”

Info lanjut layari: https://saudagarhartanah.com/wash/

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

Leave a Reply

Your email address will not be published.