LEASEHOLD & PENGIRAAN PREMIUM RUMAH LEASEHOLD

Pegangan berstatus pajakan atau leasehold adalah pegangan sesuatu hartanah untuk jangka masa tertentu dan telah ditetapkan. Ada tempoh pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau pejabat tanah  selama 99 tahun.

Ciri-ciri leasehold atau pegangan pajakan:

  • Tanah milik kerajaan negeri dan dipajak kepada pemilik untuk tempoh tertentu.
  • Pada akhir pajakan, pemilik perlu membayar premium untuk melanjutkan pajakan
  • Memerlukan persetujuan kerajaan negeri (yang diperolehi di Pejabat Tanah) untuk memindahkan pemilikan.
  • Kebanyakan bank tidak akan membiayai hartanah jika baki pajakan kurang daripada 30 tahun.

Bagi pemilik hartanah jenis pajakan, mereka tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon. Namun boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan. Premium akan dikenakan berdasarkan nilai pasaran untuk melanjutkan tempoh pajakan dan bergantung kepada polisi sesebuah kerajaan negeri yang memerintah. Tetapi tiada jaminan tempoh lanjutan pajakan akan diberikan oleh pejabat tanah.

 

Pengiraan Premium bagi Rumah Leasehold:

Pengiraan bagi tempoh leasehold yang tinggal sedikit dan nak sambung lagi leasehold untuk seterusnya.

1.SELANGOR

Untuk Rumah Kediaman:

 

Untuk Pusat Komersil dan Industri:

 

2. KUALA LUMPUR

Untuk Rumah Kediaman:

 

Note:

*If you use land value not in psf basis, then land area is not required
*If you use land value in term of psf, then you multiply psf value with the size of the related land

 

Contoh pengiraan premium rumah leasehold:

Tentukan premium tanah banglo di Kuala Lumpur dengan faedah pajakan 99 tahun yang tamat pada tahun 2060, jika pemilik ingin memanjangkan pajakan selama 99 tahun pada tahun 2011. Nilai pasaran tanah adalah RM400,000

 

Premium rumah kediaman

= 1/2 x 1/100 x value of land x (term of new lease – balance of existing lease)

= 1/2 x 1/100 x RM400,000 x 49 years

=RM98,000

Jumlah bayaran premium adalah RM98,000.

Perunding hartanah harus teliti dan mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai tempoh pajakan dan baki tempoh pajakan. Jika baki tempoh pajakan adalah kurang dari 30 tahun, kebanyakan institusi kewangan tidak akan meluluskan pinjaman atau hanya akan memberikan margin yang amat rendah untuk membiayai hartanah seperti ini.

 

“Mantapkan ilmu hartanah anda bersama kami di WORKSHOP ADVANCED SAUDAGAR HARTANAH

Info lanjut layari: https://saudagarhartanah.com/wash/

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *