MENARIK!! TEORI D.A.H.S.Y.A.T UNTUK PERUNDING HARTANAH

Skop kerja bidang hartanah tidaklah terlalu besar seperti seorang CEO perlu menguruskan sesebuah syarikat dan pekerjanya. Kerja dalam bidang hartanah akan menjadi mudah apabila kita tahu proses dan cara-cara menguruskan pembeli dan pemilik hartanah. Penulisan kali ini adalah untuk perunding hartanah membina karakter berdasarkan teori DAHSYAT.

 

TEORI D.A.H.S.Y.A.T UNTUK PERUNDING HARTANAH

1.D =Do

Untuk menjadi perunding hartanah yang berjaya kita perlu ‘buat jer’. Jangan ragu-ragu dengan diri anda seperti  eh!! aku kuat ke? Eh!! aq boleh buat ke? Apabila kita mempunyai banyak sangat alasan lima tahun lagi kita akan terkejut melihat kawan kita sudah berjaya mempunyai agensi sendiri. Ini kerana kita terlalu mempunyai banyak alasan dan tidak mahu mulakan sesuatu. Jangan takut untuk memulakan sesuatu kerana rezeki kita hanya milik Allah. Allah yang menentukan segala rezeki kita.

 

2. A =Analitikal

Sebagai seorang perunding hartanah perlu menggunakan analytical thinking iaitu kemahiran berfikir yang sentiasa ingin tahu why, how dan what if. Kita tidak boleh melakukan sesuatu secara sembarangan kerana kita perlu mengetahui secara terperinci tentang ilmu grafik, pendapatan pembeli adakah sesuai untuk membeli rumah atau tidak. Ini bermaksud kita perlu membuat kajian secara menyeluruh.

 

3. H =Hubungan

“Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia”

Kita menjaga hubungan dengan Allah kebiasaannya melalui solat. Tetapi kena ingat niat utama kita lakukan semua perkara adalah kerana Allah.  Kita perlulah sentiasa berinteraksi dengan Allah melalui doa. Niat  menjadi tunjang utama kepada kita untuk memulakan sesuatu seperti apabila hendak jumpa klien, buyer,banker,lawyer dan sebagainya. Apa yang kita harapkan dan mahukan pertamanya kita hendaklah meminta dengan Allah. Dahulukan Allah dalam semua perkara.

Sebagai perunding hartanah janganlah kita semata-mata mengejar komisyen. Kita perlu ubah niat kita jadi perunding hartanah kerana Allah. Apabila semuanya dilakukan kerana Allah semuanya akan berubah seperti tujuan, skop akan menjadi lebih besar, otak mampu berkembang dengan lebih maju. Sangat berbeza apabila kita mengejar komisyen.  Perunding hartanah bekerja sendiri tetapi tidak bermakna melakukan kerja seorang diri. Mereka ada agensi, mentor, team member, partner dan lain-lain lagi. Dalam agensi saudagar hartanah terdapat sistem dimana sentiasa merapatkan ukhwah sesama ahli.

 

4. S =Sistematik

Sistematik merupakan konsep yang besar kerana merupakan cara bagaimana nak menguruskan kerja seperti mempunyai list to do, ada jadual keja serta pengurusan masa. Seorang perunding hartanah perlu sistematik dalam kerjanya kerana kita sentiasa dealing with agreement. Sebagai contoh kita perlu senaraikan listing yang sudah diiklankan, listing yang sudah terjual atau belum. Buat satu jadual agar semua kerja-kerja yang hendak dilakukan tidak ketinggalan untuk dilaksanakan. Jika kita asyik terlupa membuat sesuatu, klien akanhilang rasa percaya kepada kita. Bila mana wujud kepercayaan dalam diri klien mereka juga turut mencadangkan kita kepada kawan-kawan yang lain. Kepercayaan sukar dibina akan tetapi jika sudah terbina kekalkan dengan sebaiknya.

 

5. Y =Yakin

Dalam surah At-Tiin ayat 4, 5 dan 6, Allah S.W.T ciptakan manusia sangat sempurna. Manusia makhluk yang terbaik rohaniah dan jasmaniah, tetapi mereka akan dijadikan orang yang amat rendah jika tidak beriman dan beramal soleh.

Ada individu cakap dia tidak yakin. Tetapi kita boleh bina keyakinan diri tersebut dan jangan biarkan diri di takuk yang sama. Melalui ilmu tulisan tangan tahap keyakinan seseorang individu dapat dilihat melalui penulisan huruf  ‘T’. Naikkan palang huruf t agar keyakinan anda makin meningkat. Walaupun nampak sangat rumit tetapi semuanya berkaitan dengan otak. Mindset perlu diubah terlebih dahulu dalam semua perkara.

 

6. A =Attitude

Sebagai seorang perunding hartanah kita perlu sentiasa positif dan bersyukur. Jangan mudah merungut seperti agensi tak bagus, team tak bagus. Hakikatnya dimana kita berada semuanya ada permasalahan tertentu. Allah bagi ujian sejauh mana kita bersyukur.  Sebagai contoh jika kita bersyukur dengan mentor dan partner kita, Allah akan bagi mentor dan partner yang lebih bagus. Jika anda bersyukur dengan listing yang ada Allah akan bagi anda listing yang lebih bagus dan berkualiti.

 

7. T =Tegas

Tegas tapi bukan garang. Anda perlu tegas kerana anda berurusan dengan buyer, owner, lawyer dan banker. Semuanya ada rules and regulation tersendiri. Jika anda tidak tegas semuanya akan berterabur dan akhirnya rumah pun tidak terjual.

 

Karakter yang tepat akan mengukuhkan keberadaan seorang perunding hartanah dalam industri. Perunding hartanah yang berjaya, tidak semestinya perlu datang dari latar pendidikan dalam bidang pengursan hartanah juga. Ada suri rumah, programmer, akauntan dan ramai lagi menjadi perunding hartanah yang berjaya sebab mereka ada usaha yang bersungguh-sungguh dan karakter yang bagus.

Wallahu’alam. Semoga Bermanfaat.

Admin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *