Terdapat banyak pilihan agensi yang anda boleh pilih untuk bermula sebagai perunding hartanah. Ini antara kriteria-kriteria penting dalam pemilihan agensi hartanah.
KRITERIA PENTING PEMILIHAN AGENSI HARTANAH:
#1-Agensi Hartanah yang Berdaftar dengan LPPEH
Kriteria pertama yang penting adalah sesebuah agensi hartanah haruslah diiktiraf. Pengiktirafan diberi selepas agensi berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Perunding Harta Tanah (LPPEH).
Seorang perunding hartanah juga akan berdaftar dengan LPPEH. Mereka diwajibkan untuk menghadiri kursus khas selama 2 hari dan akan mempunyai tag REN. Sangat penting bagi seorang perunding hartanah untuk menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang.
#2-Agensi yang Berhampiran dengan Tempat Tinggal
Menyertai agensi yang berhampiran dengan tempat tinggal anda adalah digalakkan. Lagi-lagi perunding hartanah yang baru terlibat dalam industri ini, mereka akan kerap berurusan dengan agensi untuk mendapatkan pandangan dan bimbingan rapat dari senior perunding hartanah. Jarak yang dekat akan memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa untuk perunding hartanah berurusan dengan agensi.
Perunding hartanah boleh menyemak lesen agensi yang mereka pilih di laman web LPPEH. Semakan ini penting bagi memastikan agensi tersebut masih diiktiraf dan bukan dari syarikat broker haram.
#3-Agensi yang Menyediakan Kursus dan Latihan
Perunding hartanah juga harus memastikan agensi yang mereka sertai menyediakan kursus dan latihan yang berkaitan. Lebih bagus sekiranya agensi tersebut menyediakan kursus untuk kedua-dua perunding hartanah yang baru dan lama.
Bagi perunding hartanah yang baru bermula, kursus seperti procedure dalam proses jual beli rumah boleh membantu mereka mengumpul maklumat tentang industri hartanah. Latihan yang diberikan juga boleh memberikan mereka gambaran situasi sebenar menguruskan transaksi jual beli rumah. Kursus dan latihan akan menjadikan perunding hartanah lebih bersedia dan yakin untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Sementara bagi perunding hartanah yang lama, mereka boleh recharge tenaga dan ilmu melalui kursus atau program yang dianjurkan. Bagi memastikan perunding hartanah terus berdaya saing dan optimis, sesekali mereka perlu juga hadir ke kursus yang disediakan oleh agensi.
#4-Agensi Hartanah yang Aktif
Sesebuah agensi hartanah yang aktif, pasti diketuai oleh leader yang hebat dan bagus. Menyertai kumpulan ditambah dengan leader yang bagus akan memberi peluang untuk perunding hartanah berkembang dengan cepat. Leader akan memantau listing dan progress anak buahnya supaya mereka boleh mencapai KPI bulanan untuk closed sale rumah. Selain diketuai oleh leader yang bagus, bantuan daripada ejen-ejen lain akan memudahkan perunding hartanah untuk bekerjasama.
Agensi hartanah yang terbaik adalah agensi yang memberi nilai tambah pada seorang perunding hartanah. Agensi ini tidak hanya fokus dalam meningkatkan jualan tetapi turut membantu dalam sokongan kerja serta pembangunan kerjaya mereka.
Wallahu’alam. Semoga Bermanfaat.
Admin.