Seorang perunding hartanah tahu prosedur yg betul dalam proses jual beli rumah dan mereka lebih fokus kerana ini adalah bidang kerjaya mereka. Ciri-ciri ini dapat membantu mempercepatkan proses jual beli atau sewaan.
GUNA KHIDMAT PERUNDING HARTANAH ATAU URUSKAN SENDIRI
#1-Pengetahuan mengenai Proses Jual Beli
Ilmu sangat penting. Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan mesti ada pengetahuan. Pengetahuan secara asas dan teori belum cukup untuk meletakkan diri kita seorang yang mahir selagi tidak pernah melihat, mendengar apatah lagi merasai pengalaman menguruskan transaksi jual beli rumah.
Proses jual beli rumah melibatkan perkara serius menguruskan pemindahan hak milik hartanah, transaksi nilai mata wang yang tinggi dan pengurusan bersama individu yang profesional (pihak bank dan peguam).
Sekiranya, tuan rumah yang menguruskan sendiri proses tersebut, ada kebarangkalian untuk proses tertangguh dan pembeli menunggu lama bagi memiliki rumah yang dibeli. Kurang pengalaman dan maklumat mengenai proses jual beli akan melambatkan transaksi jual beli.
#2- Networking yang Baik dengan Pihak Bank & Peguam
Seorang perunding hartanah telah menguruskan pelbagai kes dan isu mengenai hartanah. Urusan ini akan menjadi rumit sekiranya tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan dan menyediakan dokumen-dokumen yang penting untuk melancarkan proses penukaran pemilik hartanah.
Perunding hartanah mempunyai kemahiran dalam membantu pembeli mendapatkan pinjaman dan khidmat guaman. Ini kerana mereka mempunyai networking yang baik dengan pegawai bank dan peguam.
#3-Perunding Hartanah sebagai Pemudahcara kepada Tuan Rumah
Sebagai tuan rumah, mereka sendiri mempunyai aktiviti harian yang padat dan kerjaya yang harus diutamakan. Ada kalanya, dengan mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri proses jual beli akan menambah tugasan mereka. Tidak salah untuk mencuba dan mencari pengalaman dalam bidang hartanah. Perkara yang dikhuatiri adalah tuan rumah tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya pada proses jual beli yang sedang dijalankan.
Ini kerana, bakal pembeli yang datang untuk view rumah tidak semua benar-benar ingin membeli kerana ada juga yang datang view sekadar untuk survey hartanah sahaja. Jika berulang kali berlaku, akan memberikan tekanan kepada tuan rumah.
Maka dalam situasi ini khidmat perunding hartanah sangat diperlukan sebagai pemudahcara mengambil tugas tuan rumah. Tugas tuan rumah untuk aktiviti seperti bawa pembeli viewing, meeting dengan pihak bank dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik akan diserahkan kepada perunding hartanah bagi menjalankan proses jual beli dengan sempurna.
#4-Strategi Pengiklanan & Pemasaran Rumah
Perunding hartanah yang sudah berpengalaman lama, tahu strategi dan cara terbaik bagi memasarkan iklan hartanah supaya boleh dijual dengan segera. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi, mereka boleh kategorikan ciri kawasan yang ada potensi untuk maju dalam masa lima tahun. Mereka juga boleh menjangkakan kestabilan, kenaikan dan penurunan harga pasaran rumah.
Sekiranya pihak tuan rumah meletakkan harga jualan lebih tinggi daripada harga pasaran semasa, perunding hartanah boleh guide dan beri cadangan untuk tuan rumah mengikut harga pasaran semasa. Harga pasaran hartanah boleh disemak melalui www.brickz.my (laman untuk semakan transaksi terkini sesebuah hartanah). Perunding hartanah juga akan menerangkan risiko harga tinggi dan trend pasaran harga rumah mengikut kawasan.
#5-Memberi Ruang Privasi kepada Tuan Rumah
Menggunakan khidmat perunding hartanah boleh memberikan ruang privasi kepada tuan rumah. Sesetengah tuan rumah mahu identiti mereka tidak diketahui atas sebab mereka tidak mahu keluarga dan jiran tahu mereka ingin menjual hartanah. Identiti tuan rumah dirahsiakan sehingga pembeli membayar booking deposit.
#6-Perunding Hartanah ada Senarai Potential Buyer
Perunding hartanah mempunyai senarai potential buyer untuk membantu tuan rumah menjual mereka dengan segera dan pada kadar harga yang dipersetujui. Perunding hartanah juga menyimpan rekod maklumat lengkap mengenai rumah yang hendak dijual dan harga yang dikehendaki oleh tuan rumah untuk mencapai satu satu harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Dalam menguruskan proses jual beli rumah, kita akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia. Setiap orang mempunyai pemikiran dan sudut pandangan yang berlainan. Hanya individu yang professional boleh mengawal situasi ini dengan baik.
Wallahu’alam. Semoga Bermanfaat.
Admin
ON YOUR MARK, GET SET, GO!!
“Mantapkan ilmu hartanah anda untuk terus berada dalam bidang yang boleh mendatangkan hasil lumayan setiap bulan”
Boleh dapatkan Panduan Zero To Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah
Info lanjut, layari https://saudagarhartanah.com/buku-on-your-mark-get-set-go/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896