3 TIPS ONLINE MARKETING PERUNDING HARTANAH WAJIB BUAT

Seorang perunding hartanah wajib membuat pemasaran berterusan bagi memastikan hartanah klien dapat dijual dengan segera. Cabaran perunding hartanah diluar sana cukup hebat. Kepantasan adalah kunci utama bagi perunding hartanah dalam memasarkan listing mereka.

Pelbagai kaedah pengiklanan yang digunakan untuk memasarkan listing. Ada medium yang berbayar dan percuma.

 

3 TIPS ONLINE MARKETING PERUNDING HARTANAH WAJIB BUAT

#1-Daftar Akaun di Portal Hartanah

Portal-portal hartanah menyediakan platform bagi perunding hartanah untuk mengiklankan hartanah klien mereka kepada potential buyer yang berminat.

Antara portal hartanah yang dicadangkan:

  • iProperty :Malaysia’s No.1 Property Website
  • PropertyGuru :Malaysia’s Leading Property Site
  • DurianProperty :Buy. Rent. Auction. Sell. Malaysia Property
  • Hartabumi.com :Jual Beli Rumah & Hartanah Bumiputera Malaysia
  • Property.cc :Property Search Made Simple
  • Mudah.my :Malaysia’s Largest Marketplace
  • Carousell :Snap. List. Sell

 

#2-Kemaskini Listing di iPush Property

Kerjaya sebagai perunding hartanah, masa anda akan dipenuhi dengan kerja-kerja diluar seperti viewing, inspection rumah, perbincangan bersama pemilik dan perjumpaan dengan pihak guaman. Jadi, pengurusan masa yang efektif amat penting bagi seorang perunding hartanah. Untuk elak dari membuang masa melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali, lebih baik menggunakan sistem iPush Property yang cepat dan mudah.

iPush Property adalah satu sistem pengiklanan hartanah yang lebih mudah, lebih tepat dan menjimatkan masa. Sistem ini adalah percuma. Satu iklan hartanah yang anda iklankan di iPush Property, secara automatik hartanah tersebut juga akan diikalankan di portal-portal hartanah yang lain. Syaratnya, anda harus mempunyai akaun portal-portal hartanah tersebut dan didaftarkan di bawah sistem iPush Property.

Keseluruhannya, sistem ini membantu perunding hartanah mengemaskini listing hartanah sedia ada dan tidak akan ada iklan hartanah yang tertinggal untuk diiklankan di portal-portal hartanah.

 

#3-Media Sosial Facebook

Facebook salah satu media sosial yang setiap orang pasti ada. 10 tahun dahulu televisyen menjadi penghubung kepada berita semasa di luar, kini Facebook telah mengambil alih peranan tersebut dan meluaskan fungsinya dengan lebih banyak lagi.

Pemasaran melalui medium facebook merupakan peluang bagus bagi perunding hartanah untuk memperkenalkan perkhidmatan dan listing yang mereka ada. Bina satu Facebook Page yang khusus untuk anda post mengenai aktiviti-aktiviti hartanah yang dilakukan dan listing yang berpotensi untuk dijual dengan cepat.

Kuasa media sosial hari ini tidak boleh dinafikan. Dalam tempoh beberapa jam selepas posting, ramai yang akan like, share dan tag rakan-rakan mereka. Ini akan membuka ruang secara terus kepada perunding hartanah mendapatkan pembeli yang berminat. Selain itu, di Facebook juga perunding hartanah boleh perluaskan iklan hartanah pada group komuniti, bisnes niaga dan group Facebook yang lain.

Dunia online sekarang ini telah memudahkan dan mempercepatkan segala maklumat itu disampaikan. Capture pandangan klien dengan gambar rumah yang cantik, harga yang menarik, lokasi yang strategik dan kemudahan yang berdekatan dengan kawasan rumah tersebut. Kepelbagaian medium marketing online ini telah melengkapi sebahagian dari tugas perunding hartanah untuk mencari potential buyer.

Wallahu’alam. Semoga Bermanfaat

Admin.

 

ON YOUR MARK, GET SET, GO!!

“Mantapkan ilmu hartanah anda untuk terus berada dalam bidang yang boleh mendatangkan hasil lumayan setiap bulan”

Boleh dapatkan Buku Panduan Zero To Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah

Info lanjut, layari  https://saudagarhartanah.com/buku-on-your-mark-get-set-go/

Daftar WORKSHOP ADVANCED SAUDAGAR HARTANAH di : https://saudagarhartanah.com/wash/

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *