3 STRATEGI ‘OFFLINE MARKETING’ PERUNDING HARTANAH WAJIB TAHU

Jika di kawasan Shah Alam ada lebih kurang 50-100 ejen dan perunding hartanah,

Bagaimana anda mahu ‘position’ diri anda di kalangan pembeli dan penjual rumah?

Kenapa mesti komuniti masyarakat mengenali anda sebagai perunding hartanah?

Apakah bentuk perkhidmatan dan kelainan yang anda boleh berikan kepada mereka berbanding 99 perunding hartanah yang lain?

Penulisan kali ini ingin berkongsi antara strategi pemasaran yang berkesan dan cepat untuk menaikkan position anda sebagai perunding hartanah. Perkongsian ini adalah antara yang dilakukan oleh sebahagian perunding hartanah yang telah berjaya di luar sana.

 

STRATEGI PEMASARAN: OFFLINE CHANNEL

#1- Pendekatan Sosial dengan Komuniti Masyarakat

Pendekatan sosial perunding hartanah dengan masyarakat mampu membina jaringan bisnes yang lebih kuat. Jika ada orang kata “buang duit dan masa sahaja menghadiri kursus”, ternyata mereka silap. Sebenarnya apabila datang peluang sebegini, perunding hartanah harus cepat bertindak.

Menyertai kumpulan masyarakat merupakan platform yang bagus bagi perunding hartanah untuk memasarkan diri dan memperkenalkan perkhidmatan yang mereka ada. Daripada pendekatan inilah biasanya kebarangkalian untuk anda mendapat listing rumah yang berkualiti amat mudah.

Selain itu, perunding hartanah juga boleh mendekati komuniti masyarakat dengan hadir ke program rukun tetangga bagi menceritakan serba sedikit info mengenai hartanah secara percuma. Objektifnya adalah untuk berkongsi dan memberi pendedahan tentang transaksi dan proses jual beli rumah kepada komuniti masyarakat. Secara tidak langsung, cara ini menaikkan kredibiliti anda sebagai perunding hartanah. Di sisi lainnya, anda sedang melaksanakan fardhu kifayah tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

 

#2- Tetapkan Kawasan Jajahan Anda Sendiri

Sebagai perunding hartanah, mempunyai kawasan jajahan adalah satu kelebihan.

Persoalannya: “Adakah perunding hartanah perlu specialize atau generalize pada kawasan jajahan?

Jawapannya, perunding hartanah harus specialize pada kawasan jajahannya. Sekiranya anda tetapkan mahu jaga kawasan Shah Alam, fokus pada kawasan tersebut. Anda perlu mahir dengan kawasan anda supaya lebih mudah untuk anda memberi penerangan, pendapat, tentang nilai harga pasaran rumah terkini, kemudahan, kelebihan dan kekurangan di kawasan jajahan anda.

Tuan rumah memerlukan perunding hartanah yang pakar sebagai wakil mereka bagi membolehkan hartanah yang dimiliki terjual mengikut harga semasa. Sementara klien yang mahu membeli (sama ada mereka ingin membeli kerana untuk diduduki atau membeli untuk pelaburan hartanah) memandang akan kelebihan yang dimiliki kawasan tersebut. Peranan perunding hartanah perlu memberikan maklumat-maklumat lengkap yang diperlukan oleh seorang pembeli seterusnya menyakinkan klien akan potensi dan kemudahan yang akan didapati dengan membeli rumah tersebut.

 

#3-Perkhidmatan ‘One-Stop Solution’

One-Stop Solution adalah satu perkhidmatan di mana perunding hartanah menawarkan kepada klien untuk menguruskan transaksi jual beli bermula dari cadangan harga pasaran rumah sehingga selesai proses hak pindah milik kepada pemilik baru.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam One-Stop Solution:

  1. Mendapatkan dan membandingkan market value (harga pasaran rumah terkini) untuk pihak penjual
  2. Membantu pihak penjual dan juga pembeli untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank
  3. Mendapatkan pihak penjual dan pembeli perkhidmatan guaman bagi menyediakan dokumen perjanjian jual beli.

Dengan One-Stop Solution, perunding hartanah melakukan dan memantau semua transaksi jual beli untuk klien. Pihak penjual hanya menanti untuk mendapatkan duit mereka dan pihak pembeli hanya menanti untuk mendapatkan rumah mereka.

Dalam banyak-banyak strategi pemasaran, pemasaran terbaik datang dari diri anda sendiri. Jika anda ada perkhidmatan yang bagus tapi orang tidak mengenali diri anda, agak susah bagi mereka untuk berunding dengan anda. Oleh itu, sangat penting strategi yang pertama dilakukan terlebih dahulu bagi membina bonding antara perunding hartanah dengan klien. Hal ini dapat meletakkan kepercayaan pada klien untuk membenarkan anda menguruskan jual beli hartanah.

Wallahu’alam. Semoga Bermanfaat

Admin.

 

“Jika anda mempunyai cita-cita untuk menjadi perunding hartanah yang berilmu, buku ini WAJIB untuk anda miliki” –Aidil Ratna, Peguam Hartanah

Buku Panduan Zero To Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah

Info lanjut, layari  https://saudagarhartanah.com/buku-on-your-mark-get-set-go/

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *