MEMBINA VISI DAN MISI SEBAGAI PERUNDING HARTANAH KELAS PERTAMA

Sebagai seorang pendaki terlatih dan mahir, anda perlu memiliki:

  1. Stamina yang banyak
  2. Fokus untuk mencapai target
  3. Matlamat yang ingin dicapai.

Jika dikaitkan dengan kerjaya sebagai perunding hartanah mereka harus yakin dan percaya dengan kerjaya yang mereka pilih serta fokus untuk mencapai matlamat yang diimpikan.

Satu cara yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan fokus anda adalah dengan menulis visi dan misi anda sebagai perunding hartanah.

 

MEMBINA VISI & MISI PERUNDING HARTANAH KELAS PERTAMA

Mengapa anda memilih kerjaya sebagai perunding hartanah?

Adakah kerana saja-saja?

Adakah kerana rakan?

Adakah kerana duit?

Atau anda betul-betul berminat untuk menjadi perunding hartanah?

Semua itu bergantung pada diri anda sendiri berdasarkan why yang ada dalam diri anda. Hala tuju dan fokus anda akan terarah kepada satu cita-cita. Anda akan berusaha dan bekerja lebih keras untuk mencapai apa yang diinginkan. Jika duit menjadi faktor untuk diri anda untuk berjaya, bagaimana jika anda tidak berjaya mendapatkannya? adakah anda akan berputus asa?

Anda membantu orang lain untuk membeli dan menjual rumah, in sha Allah ada hasilnya. Jangan terlalu fokus tentang duit. Ya, anda perlukan duit tetapi duit bukan menjadi faktor utama dalam kerjaya anda sebagai perunding hartanah.

Perunding hartanah harus fokus pada kerja yang dilakukan, fokus utama adalah untuk membantu orang menjual rumah. Anda perlu berkenalan dan yakinkan pada mereka untuk menjual hartanah tersebut. Setelah mereka yakin dan menyerahkan tugas kepada anda maka secara automatiknya wujudlah listing. Berbalik semula pada skop perunding hartanah yang dikongsikan sebelum ini adalah skop untuk mendapatkan listing.

Bagaimana mahu mendapatkan listing?

Pertama sekali, anda perlu buat networking bersama tuan rumah. Kenapa? kerana tuan rumah bukan nak jual rumah yang harganya 10 atau 20 ringgit, ia melibatkan nilai yang lebih besar, ratus ribu sehingga jutaan ringgit.

Oleh itu,individu yang hendak melantik anda sebagai perunding hartanah harus percaya dan yakin anda bertanggungjawab melakukan tugasan serta amanah yang diberikan kepada anda. Apabila anda diberi amanah, cuba lakukan sebaik mungkin. Jika anda seorang yang sangat bertanggungjawap anda akan jadi referral marketing. Maksudnya, di masa lain orang akan mencari anda untuk membeli rumah-rumah seterusnya atau berurusan dengan anda.

Terus fokus kepada kerjaya anda sebagai perunding hartanah. Tiada sebab untuk gagal dan anda memang boleh lakukan yang terbaik. In sha Allah.

Didoakan perunding-perunding hartanah diluar sana terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu merealisasikan impian anda sendiri dan keluarga anda. In sha Allah insan-insan di sekeliling juga turut mendoakan dan ingin melihat kejayaan anda.

Wallahua’lam. Semoga Bermanfaat.
Admin

 

Membimbing Anda Menjadi Perunding Hartanah KELAS PERTAMA

AKAN DATANG!

**Workshop Advance Saudagar Hartanah**

1 JULAI 2018

Info lanjut, KLIK https://saudagarhartanah.com/wash/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *