PENGALAMAN MENARIK & BERBEZA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH

Semakin lama anda melibatkan diri sebagai perunding hartanah sudah pastilah pengetahuan anda akan bertambah dan ilmu anda semakin hebat. Ini kerana seorang perunding hartanah yang baru melibatkan diri dalam bidang hartanah, mereka belum mempunyai banyak kes dan berhadapan dengan situasi yang berbeza.

Pengalaman dan penglibatan diri sebagai perunding hartanah haruslah dikejar peluang tersebut. Ini yang membezakan pengalaman seorang perunding hartanah dengan perunding hartanah yang lain.

 

ANTARA PENGALAMAN MENARIK KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH

Sewaktu baru bermula jadi perunding hartanah kita biasa dengar isu kaveat, pemindahan hak milik selepas penceraian dan isu pembatalan transaksi tetapi kita tidak pernah ‘facing’ masalah-masalah tersebut.

1. Kaveat: Halangan Urusniaga Hartanah

Kaveat menghalang pemilik tanah melakukan sebarang urusniaga berkaitan dengan tanahnya. Ketetapan halangan ini ada terdapat dalam akta Kanun Tanah Negara 1965.

Contoh situasi di mana sewaktu tansaksi berjalan apabila peguam membuat semakan dan mendapati tanah rumah tersebut ada kaveat. Jadi, tugas perunding hartanah untuk mencari punca rumah tersebut telah kaveat bagi membolehkan transaksi jual beli diteruskan.

Kemudian, mendapati pihak bank yang kaveat sedangkan pihak tuan rumah tidak membuat pinjaman keatas bank tersebut. Hal ini terjadi kerana pemilik rumah pernah memohon untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Tetapi setelah mendapat kelulusan bank, tuan rumah tidak jadi untuk mengambil pinjaman tersebut, jadi bank kaveat rumah tersebut.

Jadi kita tarik balik semula kaveat. Kaveat bersifat sementara dan boleh ditarik balik.

 

2. Penceraian Suami Isteri

Sesetengah situasi contohnya situasi penceraian.

Pada awalnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual rumah tersebut. Tapi, bila dah sampai proses untuk tandatangan perjanjian jual beli (s&p), bekas isteri pula sayang nak jual rumah tersebut. Tiada transaksi berlaku kerana rumah tidak dijual.

Situasi lain suami meninggal, isteri masih ada. Dalam situasi ini terlebih dahulu si isteri perlu mendapatkan surat kuasa daripada pihak mahkamah bagi membolehkan proses transaksi dijalankan.

Jadi, setiap proses transaksi yang berlaku itu berbeza-beza.

 

3. Pembatalan Transaksi

Terjadinya pembatalan transaksi jual beli apabila secara tiba-tiba pihak ketiga menyarankan penjual untuk membatalkan perjanjian tersebut.

Dalam situasi ini, peranan pihak peguam sangatlah penting untuk menerangkan kos-kos yang perlu ditanggung jika pihak penjual mahu membatalkan perjanjian jual beli tersebut.

Jadi, sebagai perunding hartanah anda harus sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan ajar diri untuk jadi individu yang positif. Semakin lama anda melibatkan diri dalam bidang hartanah, semakin anda matang mengendalikan situasi yang dihadapi.

Wallahua’lam. Semoga Bermanfaat.

Admin.

 

Kerjaya sebagai perunding hartanah memang tidak akan membosankan!

Pengalaman yang dialami dalam mengendalikan kes-kes yang sudah pasti berbeza tiap satu menjadikan kerjaya ini seronok!!

Dapatkan  ” Panduan Zero To Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah ” 

Info lanjut klik pada gambar

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *