? Soalan kepada Peguam Hartanah :
Apakah di antara terma penting yang perlu ada dalam satu Perjanjian Jual Beli?
? Jawapan dari Peguam Hartanah :
Adalah sangat penting untuk baca dan fahamkan dahulu segala terma dan syarat perjanjian jual beli sebelum menandatanganinya.
Sekiranya terdapat apa-apa perkara di dalam perjanjian tersebut yang anda tidak faham, anda berhak untuk bertanya kepada pemaju atau peguam yang dicadangkan untuk menerangkan segala isi terkandung dalam perjanjian berkenaan.
? Harga jual beli yang dipersetujui,
? Syarat-syarat kepada Perjanjian, samada tertakluk kepada sekatan kepentingan, rumah kos rendah, Pengesahan dari Pemaju.
? Cara cara pembayaran harga jualbeli; tempoh masa
? Lanjutan tempoh bayaran sekiranya pembeli gagal menjelaskan baki bayaran harga jual beli. Biasanya tempoh lanjutan adalah selama sebulan tertakluk kepada faedah lewat bayar yang boleh dikenakan oleh penjual kepada pembeli.
? Butir-butir Hartanah
? Tanggungjawab pihak pembeli dan penjual yang perlu di patuhi dalam perjanjian jual beli tersebut. (Tanggungjawab pihak-pihak yang lebih terperinci kena semak sendiri perjanjian jual beli anda)
? Cara bagaimana pemilikan kosong diserahkan – dalam tempoh berapa hari pemilikan kosong perlu diserahkan oleh Penjual kepada Pembeli.
? Penamatan perjanjian jual beli dan kesan penamatan.
? Peruntukan berkenaan dengan pengambilan tanah oleh kerajaan. Kebiasaannya sekiranya hartanah tersebut ingin diambil oleh kerajaan maka perjanjian jual beli tersebut akan ditamatkan atas persetujuan kedua-dua pihak
? Pastikan “Pembiayaan” telah lulus.
#SaudagarHartanah