ejen hartanah

Ejen Hartanah: Panduan Lengkap Untuk Kerjaya Yang Lumayan

Bidang hartanah menjanjikan peluang kerjaya yang menarik.

Potensi adalah sangat besar. Ia sama seperti kerjaya lain, namun jumlah pendapatan yang anda boleh dapat adalah besar kerana anda memudahkan orang membeli rumah!

Apakah yang membuatkan kerjaya ejen hartanah ini lumayan?

Di dalam artikel ini kami dedahkan pengetahuan asas untuk menjadi ejen.

Selain itu, anda juga bakal mengetahui kriteria, skop kerja, kelebihan dan tips untuk berjaya.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Siapakah Ejen Hartanah?

Ejen hartanah adalah individu yang memegang lesen kuasa untuk menjalankan transaksi hartanah menerusi penubuhan syarikat atau agensi atau individu yang berkaitan dengan hal ehwal jual-beli, sewa atau pajakan yang berkenaan hartanah.

Mereka perlu mendapat lesen daripada Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) dan mesti menjalani beberapa tugasan dan temuduga terlebih dahulu.

Syarat lesen tersebut adalah ketat dan ia boleh ditarik semula jika pemegang gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Hari ini ramai anak muda dan mereka yang terbabit dalam bidang profesional bertukar angin sebagai ejen kerana potensi untuk memperolehi pendapatan lumayan dan masa kerja yang fleksibel.

Perbezaan Ejen Hartanah dengan Perunding Hartanah

Bagi kebanyakan orang, ejen hartanah dan perunding hartanah adalah orang yang sama.

Realitinya, kedua-duanya amat berbeza dari segi maksud dan skop kerja masing-masing.

Yang paling utama, ejen hartanah merupakan pemilik kepada agensi hartanah sama ada milikan tunggal atau sendirian berhad.

Ejen Hartanah

1. Dikenali sebagai Real Estate Agent (REA).

2. Nombor pendaftaran bermula dengan REA xxxx

3. Prosedur yang ketat kerana perlu mempunyai kelulusan seperti sijil, diploma atau ijazah yang diiktiraf oleh LPPEH.

4. Perlu menjalani percubaan sebagai Probationary Estate Agent (PEA) selama 2 tahun dan lulus Work Diary.

5. Perlu lulus oral exam iaitu 4 areas, Task 1 dan Task 2.

6. REA menjadi supervisor kepada Perunding Hartanah (REN).

7. Ejen hartanah boleh mempunyai sehingga 50 perunding hartanah.

Perunding Hartanah

1. Dikenali sebagai Real Estate Negotiator (REN).

2. Nombor pendaftaran bermula dengan REN xxxx

3. Boleh menjadi Perunding Hartanah dengan menghadiri Sijil Kursus Perunding Hartanah (Negotiator Certification Course) selama dua hari.

4. Menjalankan tugas di bawah pemantauan ejen hartanah.

Skop Kerja Seorang Ejen Hartanah

Setiap pekerjaan pasti ada tugasannya.

Begitu juga apabila anda memilih untuk menjadi ejen hartanah.

Di bawah kami kongsikan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi ejen hartanah.

Komisyen Jualan atau Sewaan

Ini antara sumber utama income seorang ejen.

Misalnya, anda berjaya menjual sebuah rumah dengan nilai RM450,000.

Standard komisyen bagi ejen-ejen hartanah di Malaysia adalah 3%.

Maka anda akan memperolehi komisyen sebanyak RM13,500 yang akan dikongsi bersama agensi.

Pembahagian pula dilakukan mengikuti level atau senioriti anda. Misalnya anda layak mendapat 70% dari jumlah komisyen itu, maka income anda itu jualan rumah itu sahaja berjumlah RM9,450.

Sekiranya anda berjaya menjual 2 ke 4 buah rumah dalam tempoh sebulan, maka banyaklah juga komisyen anda. 

Cara-cara Untuk Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar

1. Minat Dengan Hartanah

Apa sahaja yang kita lakukan mesti dengan minat.

Sekiranya anda mahu menjadi ejen hartanah, anda perlu tanam sifat ingin tahu tentang bidang ini dan ada sedikit pengetahuan tentang hartanah.

2. Menghadiri Kursus Negotiator Certification Course

Untuk menghadiri kursus, anda boleh hubungi mana-mana badan yang mengadakan kursus NCC ini. Contohnya di sini.

Antara perkara yang akan anda pelajari adalah:

a. Pengenalan pasaran hartanah Malaysia

b. Asas industri hartanah

c. Piawaian agensi hartanah

d. Kemahiran membuat rundingan

e. Asas guaman hartanah

3. Daftar Dengan Agensi Hartanah

Daftar dengan agensi yang sering menganjurkan latihan dan kursus tentang hartanah.

Untuk lihat senarai agensi berdaftar, boleh rujuk di sini.

7 Tip Untuk Menjadi Ejen Hartanah Yang Berjaya

Kami kongsikan tujuh (7) panduan penting daripada team Saudagar Hartanah yang anda perlu ikuti untuk berjaya.

S-A-U-D-A-G-A-R merujuk kepada Specific, Achievable, United, Discipline, Action, Guide dan Realistic.

Specific : Tetapkan matlamat anda secara jelas supaya ia mudah dicapai.

Achievable : Pastikan matlamat itu mampu dicapai seiring dengan tindakan dan usaha yang dilakukan. Ini kerana, hanya diri kita sendiri yang tahu kemampuan kita.

United : Dapatkan sokongan sama ada daripada ahli keluarga, teman atau sesiapa sahaja di sekeliling kita supaya minda sentiasa positif untuk melakukan usaha yang dirancang.

Discipline : Untuk berjaya, seseorang perlu sentiasa teguh dengan masa dan tindakan yang dilakukan.

Action : Perancangan yang baik akan membantu tindakan yang baik. Kedua-dua aspek ini saling melengkapi dalam menjayakan sesuatu matlamat.

Guide : Pastikan anda mempunyai guru yang boleh membimbing perancangan matlamat anda, lebih-lebih lagi dari mereka yang berpengalaman.

Attitude : Sebagai seorang yang bekerja dan berurusan dengan orang, anda perlu mempunyai peribadi yang baik dan sikap yang berhemah agar mereka berasa selesa.

Realistic : Tetapkan matlamat dalam sasaran yang boleh dicapai, sama ada dalam tempoh singkat dan panjang.

Program Untuk Menjadi Ejen Hartanah

Sebagai sebuah team  hartanah terbaik di Malaysia, team Saudagar Hartanah kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang ini sebagai ejen hartanah.

Menerusi Workshop Aku Top Agent, ini, anda akan diberikan panduan bagaimana untuk close sale, mengenali prospek pembeli hartanah, membuat cold-calling dan mempelajari cara betul untuk membuat temujanji.

Workshop ini dikendalikan oleh ejen hartanah berpengalaman iaitu Ahmad Firdaus Mahmod untuk membimbing mereka yang berminat untuk menceburi kerjaya ini.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pemilikan dan pembelian hartanah di Malaysia, team Saudagar Hartanah juga bersedia memudahkan urusan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *