SAUDAGAR ADALAH FORMULA TERBAIK EJEN HARTANAH
SAUDAGAR adalah prinsip yang dioleh khas untuk Ejen Hartanah dalam menentukan GOAL dan MATLAMAT atau kata mudak KPI yang ingin dicapai.
Menentukan sasaran ataupun TARGET merupakan perkara yang sangat penting dalam memotivasikan dan meningkatkan konsistensi tindakan untuk mencapai semua sasaran yang telah kita sendiri tetapkan
Specifik
Target dan matlamat wajib ditetapkan secara sprcifik dan jelas. Target yang ditetapkan secaca specific akan lebih mudah untuk capai berbanding target yang ditentukan secara umum dan tidak jelas
Achievable
Target yang ditentukan harus dan mampu dicapai dengan usaha dan tindakan yang kita mampu lakukan. Ianya mesti diukur melalui kapasiti yang kita ada dan sokongan yang dimiliki. Hanya kita yang mengetahui kemampuan dan kapasiti serta tindakan untuk mencapat target yang kita ingin capai
United
Untuk mencapai target yang ditetapkan, kita mesti mempunyai pasukan sokongan yang kuat agar mereka sentiasa membantu kita untuk mencapai target yang kita tentukan
Kumpulan sokongan kita datang dari keluarga, sahabat-sabahat kita dan masyarakat di sekeliling kita. Ini sangat penting untuk memastikan kita sentiasa positif dan konsisten dalam bertindak untuk mencapai target yang kita tetapkan
Displine
Orang berjaya pasti memiliki displin dan sangat tegas dalam tindakan untuk mencapai target dan impian mereka. Displin sangat berkaitan rapat dengan masa dan tindakan untuk mengapai impian.
Sebagai ejen hartanah yang mengimpikan kejayaan dalam membina kerjaya sebagai ejen hartanah yang berjaya. Kita wajib untuk mempunyai jadual kerja dan pelan tindakan yang jelas. Yang paling penting displin yang sangat tinggi untuk mencapai target kita
Action
Merancang dan bertindak adalah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Perancangan yang bagus mesti disusuli dengan tindakan yang telah dirancang
Kegagalan merancang adalah merancang untuk gagal. Namun bertidak mengikut perancangan adalah bertidak untuk berjaya dalam mencapai target yang kita ingin capai
Guide
Untuk berjaya dan terus focus dalam mencapai target . Kita memerlukan panduan dari mentor yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang kita ceburi
Cari mentor dan guru yang betul, agar mereka mempunyai memimpin dan membantu kita untuk mencapai target yang telah ditetapkan
Attitude
Attitude yang baiik akan membuat semua orang suka berurusan dengan kita dan secara langsung membantu kita untuk mendapat sokongan semua pihak. Ini akan membantu untuk meluaskan jaringan kita, sekaligus memudahkan kita untuk mencapai target dalam masa yang ditetapkan
Realistic
Target yang ditentukan harus bersifat realistic, jangan target terlalu tinggi untuk dicapai dalam masa yang singkat. Harus mempunyai kemampuan dari diri sendiri dan pasukan untuk target yang kita tetapkan
Jika kira mensasarkan pendapatan RM10 ribu sebulan sebagai ejen hartanah. Ukur kemampuan kita dan tindakan dan aktiviti yang kita lakukan bersesuaian dengan kapasiti yang kita miliki