Setiap pekerjaan dan perniagaan yang ingin kita lakukan bukan hanya bergantung kepada modal kewangan sahaja tetapi turut memerlukan modal tenaga, idea, kreativiti serta masa.Perancangan tanpa tindakan ianya hanya sia-sia. Di sini saya garis 8 langkah yang perlu kita lakukan untuk bermula sebagai Perunding Hartanah.
1.MIND SET
Kepercayaan dan keyakinan mempengaruhi sikap dan tindakan kita. Perunding Hartanah harus mempunyai keyakinan bahawa kerjaya dan industri yang diceburinya akan memberikan kepuasan dan kejayaan.Perunding Hartanah juga mesti mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menceburi industri hartanah. Semasa memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah secara part time pada tahun 2012. Saya membuat penyediaan minda dan yakin boleh berjaya dalam industri ini.Walaupun saya mengetahui ianya adalah cabaran yang besar untuk menguruskan dua perkara dalam satu masa iaitu pekerjaan saya sebagai penganalisa kredit dan Perunding Hartanah.
2.PENGURUSAN DIRI
Pengurusan diri meliputi banyak aspek sama ada cara kita berpakaian, cara berkomunikasi, cara bergaul dan cara menguruskan masa. Ini secara langsung akan meningkatkan keyakinan kita apabila berkomunikasi dengan tuan rumah, pembeli atau penyewa. Semua ini menampilkan kredibiliti sebagai Perunding Hartanah
dan pelanggan akan lebih mudah yakin terdapat kita.
3.ILMU ASAS
Perunding Hartanah wajib mempunyai pengetahuan asas mengenai hartanah kerana masyarakat memandang kita sebagai pakar atau kata lain, Perunding Hartanah adalah pemudahcara.Setiap persoalan asas yang ditanya oleh Tuan Rumah dan pembeli dijawab dengan tepat dan mudah difahami.Bagi Perunding Hartanah yang berpengalaman, mereka memang mempunyai pengetahuan yang tinggi. Berbeza bagi Perunding Hartanah yang baru menceburi bidang ini.Mereka harus bijak untuk meningkatkan pengetahuan dan mengutip pengalaman dan pengetahuan daripada senior yang sudah lama dalam industri ini.Luaskan Rangkaian Kita sedia maklum, dalam perniagaan perkhidmatan, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah, “If you are not networking, you are not working!”Semakin luas rangkaian kita semakin mudah untuk Perunding Hartanah mendapatkan listing yang berkualiti. Perunding
Hartanah jangan sombong dan terlalu memilih kawan kerana semua orang di sekeliling kita adalah potensi pelanggan kita.
4.GUNAKAN SISTEM DAN LATIHAN
Setiap Agensi akan menyediakan training dan sistem serta membekalkan maklumat yang lengkap kepada Perunding Hartanah untuk mengharungi cabaran di luar.Biasanya Agensi akan mengadakan mesyuarat mingguan bagi memastikan perunding sentiasa dapat dibekalkan dengan maklumat terkini dan berkongsi persoalan dan kemusykilan.Leader akan merungkai setiap persoalan dan masalah Perunding
Hartanah. Mesyuarat mingguan ini juga memberikan motivasi kepada Perunding Hartanah.
5.HADIRI KURSUS
Walaupun ada pihak menyediakan latihan, namun Perunding Hartanah digalakkan untuk menghadiri kursus di luar yang berkaitan hartanah. Saya terlibat dengan seminar yang dianjurkan oleh pihak-pihak bank dan peguam agar lebih memahami skop kerja dan process flow bidang kerja mereka.Perunding Hartanah jugak digalakkan untuk menghadiri kursus yang berkaitan dengan pelaburan hartanah. Ini bertujuan membuka minda dan memberikan input kepada Perunding Hartanah untuk merebut peluang sebagai pelabur hartanah.
Malahan ianya juga mengembangkan rangkaian kita sebagai Perunding Hartanah.
6.SENTIASA TINGKATKAN LISTING
Perunding Hartanah wajib untuk mengemaskini listing yang sedia ada bagi memastikan rumah yang diiklankan masih available dan belum terjual.Malahan Perunding Hartanah perlu sentiasa tingkatkan listing. Ini kerana semakin banyak listing yang anda miliki. Semakin tinggi potensi untuk Perunding Hartanah menjual rumah yang dimiliki.
7.TERJUN SEKARANG
Jika anda benar berminat dan merasakan ianya suatu potensi untuk menjana pendapatan. Memulakan langkah yang pertama memang sukar, namun melalui langkah yang pertamalah anda mampu untuk terus melangkah dan berjaya dalam apa jua bidang yang anda lakukan. Fokus kepada matlamat anda. Jika semua
ilmu sudah anda miliki. Lakukan sahaja, insya-Allah anda pasti berjaya.
“Jika anda boleh memimpikannya,
anda boleh melakukannya”
-Walt Disney-