PERNIAGA PASAR MALAM BELI RUMAH

Saya pernah jual rumah di Seksyen 17 Shah Alam kepada seorang perniaga Pasar Malam.

Selepas view rumah, dia terus nak bayar deposit. jadi saya pun bertanya :

Agent : Puan bekerja dimana

Buyer : Saya berniaga Pasar malam

Agent : Puan ada Slip gaji ke

Buyer : Jangan risau tuan, walaupun saya berniaga Pasar Malam, saya mempunyai Syarikat Enterprise. Setiap bulan syarikat saya akan bayar gaji saya RM3,000 dan saya mempunyai Slip Gaji. RM1,000 Gaji Pokok dan RM2,000 Elaun. Untuk pengetahuan Tuan juga saya mecarum KWSP setiap bulan, malahan setiap tahun saya declare income tax

Agent : Bagus la Puan, bila puan boleh berikan semua dokumen untuk saya serahkan pada bank untuk permohonan pinjaman.

Buyer : Ada dalam kereta, saya dah photostat untuk Tuan.

Hebat, jika kita mempunyai mentaliti seperti Puan yang berniaga Pasar Malam.

Alhamdullillah, Loan LULUS dengan cemerlang

#SaudagarHartanah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *