5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BUAT PELABURAN HARTANAH

Pelaburan hartanah boleh beri keuntungan berlipat ganda jika anda tahu strategi, paham konsep pelaburan hartanah dan rela melakukan pengorbanan awal sebelum mendapat keuntungan besar di masa depan.

Cerita kali ini akan berkongsi dengan anda antara sebab-sebab anda perlu buat pelaburan hartanah.

 

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BUAT PELABURAN HARTANAH

#1-Pelaburan yang Berisiko Rendah

Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang berisiko rendah. Kenapa berisiko rendah?

Sebab dalam pelaburan hartanah walaupun anda mengeluarkan jumlah modal yang besar pada awalnya, anda akan dapat semula jumlah modal yang sama malah boleh berlipat ganda lagi dalam masa beberapa tahun. Jika berlaku kerugian pun, nilai kerugian tersebut adalah minima berbanding jumlah untung yang diperolehi.

Tahukah anda? Jika anda membeli rumah, secara tidak langsung anda telah mewujudkan dua jenis keuntungan.

  1. Untung daripada peningkatan nilai hartanah memandangkan harga rumah atau tanah meningkat dalam sesuatu masa.
  2. Anda akan memperolehi pendapatan melalui sewaan rumah.

 

#2-Peluang Mendapatkan Pinjaman Bank untuk Beli Rumah

Tidak dinafikan dalam pelaburan hartanah anda perlukan modal yang besar terlebih dahulu untuk membeli rumah sebelum mendapat hasil yang lebih lumayan.

Kos pelaburan yang tinggi menjadikan ramai antara kita ragu-ragu untuk membuat pelaburan. Hanya segelintir sahaja yang berani dan mampu untuk membeli hartanah secara tunai tanpa pinjaman. Manakala sebahagian lagi yang bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri, mereka membuat pelaburan disana sini bagi mengumpul modal untuk membeli hartanah.

Jangan risau, anda ada alternatif.

Antara alternatif yang tersedia adalah mendapatkan pinjaman bank untuk beli rumah. Kebiasaannya apabila anda buat permohonan pinjaman daripada bank, bank akan menawarkan nilai pinjaman yang tinggi sehingga 90%.

Bonus! jika anda membeli rumah kemudian disewakan, anda tidak akan ada masalah untuk bayar semula pinjaman kepada bank. Tiap-tiap bulan duit daripada penyewa akan digunakan untuk bayar kepada bank dan dalam beberapa tahun hutang anda dengan bank telah selesai. Insha Allah.

 

#3-Potensi Untuk Naikkan Nilai Hartanah

Nilai hartanah rumah A lebih tinggi daripada rumah B walaupun kedua-dua rumah tersebut dalam satu kawasan, satu taman dan bersebelahan.

Bagaimana nilai hartanah kedua-kedua rumah tersebut tidak sama?

Pemilik hartanah A melihat potensi untuk nilai hartanah naik dengan cepat tanpa perlu menunggu 10 tahun akan datang. Antara yang pemilik hartanah ini lakukan adalah:

  • Mengupah pereka dalaman untuk mereka hiasan dalam rumah yang up-to-date, mementingkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan bakal penyewa.
  • Menyediakan kelengkapan asas dalam rumah supaya rumah tidak terlalu kosong. Rumah yang lengkap ada kemudahan utiliti yang siap, perabot yang mencukupi dan kemudahan asas yang lain.

Bayangkan anda sebagai penyewa, rumah yang bagaimana anda akan cari?

 

#4-Pelaburan Jangka Panjang yang Berbaloi

Pembelian hartanah merupakan antara pelaburan jangka panjang yang berbaloi dan mendatangkan keuntungan kepada pembeli.

Harga rumah jarang-jarang sekali ada penurunan sebaliknya akan berlaku peningkatan dari tahun ke tahun.

Contohnya anda membeli sebuah pangsapuri yang nilainya ketika itu beli RM100, 000 ringgit. Mungkin pada beberapa tahun akan datang nilai rumah tersebut akan meningkat berkali-kali ganda. Namun, amat penting untuk mengenal pasti atau menilai potensi di kawasan itu terlebih dahulu sebelum membeli rumah.

Jadi, mempunyai ilmu dalam hartanah amat penting untuk mengurangkan risiko pelaburan seterusnya mendapatkan pelaburan yang berbaloi.

 

#5-Beli Hartanah Untuk Aset Masa Depan Anda

Masa depan anda bukan hanya terfokus untuk diri sendiri sahaja. Dalam masa depan anda akan ada anak-anak dan cucu-cucu yang akan mewarisi.

Aset yang dimiliki hari ini bukan saja boleh digunakan untuk keperluan kita malah generasi akan datang juga turut mendapat manfaat.

Dengan kenaikan harga rumah yang semakin tinggi tidak mustahil generasi akan datang akan menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri.

Oleh itu, dengan inisiatif anda mahu melabur dalam pembelian hartanah diharapnya dapat dijadikan sebagai aset seterusnya menjadi tempat perlindungan anak cucu.

Semoga Bermanfaat.

Admin.

 

Menarik! Peluang Membina Kerjaya Bersama Kami:

 

” KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTANAH “

Panduan Zero to Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah

Info lanjut klik pada gambar

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *