3 GAYA KOMUNIKASI ANTARA PERUNDING HARTANAH & KLIEN

Komunikasi adalah antara elemen terpenting dalam urusan jual beli. Lebih-lebih lagi urusan jual beli hartanah. Tahu untuk negotiate, memberi tawaran terbaik dan menyediakan detail yang lengkap akan memudahkan untuk klien membuat pilihan sekaligus mempercepatkan proses jual beli.

Sebagai perunding hartanah yang bijak, anda perlu tahu gaya komunikasi manusia terbahagi kepada tiga. Tiga itu adalah visual, auditori dan kinestetik.

 

3 GAYA KOMUNIKASI ANTARA PERUNDING HARTANAH & KLIEN

#1-VISUAL

Individu yang visual suka menggunakan bahasa yang melibatkan penglihatan.

Ayat yang mereka suka guna seperti “Saya nampak”, “Saya lihat” dan semua bahasa yang berkaitan dengan penglihatan.

Sebagai perunding hartanah, anda perlu peka pada klien yang menggunakan komunikasi secara visual. Klien kita akan lebih cepat paham dan memproses maklumat jika penerangan yang diberikan dalam bentuk gambar.

 

#2-AUDITORI

Seterusnya, individu auditori suka pada bahasa pendengaran.

Bahasa mereka seperti “Saya dengar”, “Orang kata” dan ayat lain yang berkaitan pendengaran.

Individu auditori suka pada penerangan yang diberikan dalam fakta bentuk jelas. Berkomunikasi dengan individu auditori, anda harus menyampaikan maklumat secara tersusun agar pendengar dapat memahami info dengan jelas.

 

#3-KINESTETIK

Dan ketiga adalah individu kinestetik. Kepekaan individu kinestetik pada sentuhan dan rasa. Mereka suka menerima penerangan yang disertai dengan bahasa tubuh dan ada emosi.

Mereka ini suka memulakan sesuatu perbualan dengan ayat seperti “Saya rasa” dan bahasa lain yang berkaitan dengan emosi.

Jadi, sebagai perunding hartanah apabila berurusan dengan klien, kata-kata anda perlu ada emosi, tidaklah mendatar dan satu nada sahaja. Jika anda lelaki dan klien anda juga seorang lelaki, tidak ada masalah untuk anda sentuh dia sebagai contoh pegang bahu semasa anda sedang berbual tentang rumah yang klien mahukan.

 

Memahami tiga gaya komunikasi diatas tidak hanya terhad dalam urusan bisnes sahaja. Sebenarnya dalam kehidupan kita semua, secara tidak langsung kita akan berhadapan dalam satu-satu situasi dimana dengan memahami cara komunikasi yang berkesan akan memudahkan kehidupan kita seharian. Sudah tahu gaya komunikasi setiap individu, maka tidak akan timbul isu dalam salah faham, sakit hati dan lain-lain masalah lagi yang berpunca dari komunikasi.

Wallahua’lam. Semoga Bermanfaat.

Admin.

 

Nak tahu lagi info mengenai kaedah komunikasi antara perunding hartanah dan klien ?

Boleh dapatkan terus buku ” Panduan Zero To Hero Untuk Berjaya Sebagai Perunding Hartanah ” dengan kami.

Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2179896

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *