Beli Rumah atau Tanah?

Pada masa kini, topik berkaitan rumah tidak pernah lapuk dek zaman termasuklah soal beli rumah yang sudah siap mahupun tanah untuk dibina rumah diatasnya. Apa yang anda perlu buat sebelum membeli tanah untuk bina rumah sendiri?

Untuk pengetahuan lanjut, anda perlu menyemak status. Pertama sekali, anda perlu melakukan semakan status tanah yang ingin dibeli itu samada jenis kediaman, pertanian atau perindustrian. Kemudian, sekiranya anda mendapati status tanah itu merupakan tanah untuk kediaman, lakukan semakan rasmi di Pejabat Tanah Daerah. Buat semakan untuk sebarang sekatan ke atas tanah yang ingin dibeli seperti cagaran ke bank dan kaveat dengan modal sekitar RM50 hingga RM100. Di samping itu, anda perlu melihat geografi tanah sebelum melakukan pembelian. Seeloknya, pilihlah tanah yang mempunyai permukaan rata dan sesuai untuk didiami dan dibina rumah dan bukannya dilereng bukit yang akan meningkatkan kos anda untuk mendapatkan perkhidmatan arkitek.

Seterusnya, menyemak infrastruktur rumah tersebut. Anda perlu membuat semakan infrastruktur pada lokasi tanah termasuklah saluran air dan elektrik, jalan yang berturap dan longkang konkrit. Sekiranya tanah tersebut tidak mempunyai asas infrastruktur yang dinyatakan, maka anda perlu mengeluarkan kos untuk membiayai ketiga-tiga kos infrastruktur ini. Akhir sekali, anda perlu melihat bentuk tanah. Bentuk tanah yang terbaik untuk dibeli adalah segi empat tepat kerana dengan saiz ini, anda boleh membina rumah idaman anda dengan lebih realistik. Rumah anda kelihatan lebih cantik apabila siap kelak.

Bagi pembelian rumah yang dah siap, ada banyak faedah yang anda akan peroleh seperti aliran elektrik, jalan yang sudah berturap, saluran air, dan sistem kumbahan dan longkang konkrit. Selain itu, anda juga tidak perlu risau dengan fasiliti kerana pemaju hartanah biasanya mempunyai bank tanah yang banyak yang mempunyai jaringan lebuh raya dan infrastruktur. Sekolah, hospital, taman permainan dan kawasan perindustrian semestinya ada berhampiran dengan rumah yang dibeli.

Namun demikian, seni bina rumah yang dibeli secara siap adalah tetap dan tidak boleh ditukar, malah anda juga tidak boleh mengubah saiz rumah yang statik seperti membesarkan ruang tamu, dan menambah bilik, khususnya jika geran rumah anda berstatus strata untuk memenuhi citarasa anda dan keluarga.

Oleh itu, jika anda bosan terhadap seni bina rumah kediaman yang ditawarkan oleh pemaju hartanah, anda boleh membina rumah atas tanah sendiri yang anda beli. Beli tanah untuk bina rumah sendiri adalah pilihan terbaik lebih-lebih lagi jika anda berjaya membeli tanah di lokasi strategik. Ia akan menguntungkan anda kerana peroleh seni bina rumah yang diimpikan dan lokasi yang sangat sesuai untuk memudahkan anda dalam apa jua urusan. Bukan itu sahaja, di hujung hari, tanah yang dibeli itu boleh digunakan untuk tujuan pertanian dan rumah itu kekal milik anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *