Perlukan bantuan untuk
REFINANCE?
Isi maklumat di bawah. Kami akan hubungi anda segera
Refinancing atau pembiaaan semula rumah atau hartanah adalah proses di mana anda membuat penukaran bank yang memberikan anda pinjaman.
Dalam hal ini, hartanah tersebut masih lagi anda miliki.
Kebiasaannya, refinance dilakukan apabila hartanah telah anda miliki lebih dari 5 tahun dan ada peningkatan dalam “market value” hartanah anda.
Membantu untuk mengurangkan bayaran bulan pinjaman kita pada pihak bank kerana kadar interest yang lebih rendah berbanding pakej pinjaman sebelum ini.
Menggabungkan pinjaman-pinjaman untuk merendahkan komitmen bulanan anda.
Mendapatkan wang tunai “cash out” kerana ingin membeli rumah lain, membaiki rumah atau keperluan lain.
Biasanya apabila anda telah memiliki hartanah tersebut lebih dari 5 tahun.
Kebiasaannya, lebihan tunai atau ‘cash out’ akan dapat dalam masa 4-6 bulan. Ianya sangat bergantung kepada jenis hartanah dan kelancaran proses antara pihak peguam, bank dan pejabat tanah.
Anda perlu bersedia dengan kos-kos berikut :
Walaubagaimanapun, sesetengah bank akan membiayai kos-kos ini, bergantung kepada pakej bank dan profil anda.